Tuesday 29 November 2011

Butter Moist Cake / Strawberry Cheese Tart

Assalamualaikum..... Hai semua!!! Amacam? Ada baik ka? Hehehe.. Ok, harini aku nak share dengan korang resepi yang first time aku cuba dan hasilnya masyaAllah, sangat best ok. So, kalau korang tak busy dekat rumah, agak-agak bosan bolehlah cuba ye.

Ok, sebelum tu, aku ni memang suka butter. Tak tahu kenapa, but i love everything about Butter. Tu yang kalau aku ade beli kek homemade, kalau dia buat tak pakai butter, memang aku maki hamun je la. Sebab aku tau, mostly yang buat business Homemade Cake ni nak jimat kos, dorang pakai minyak. Of course the outcome akan lain sikit kan. No offends ya. Tak semua yang macam tu, aku tau. :)

Okay, aku dok google la resepi Butter Moist Cake. This is exactly how i type dekat google. Sekali keluarlah this blog yang link kepada this Wonderful Recipe. Thanks to Fad About Food .

Ini resepinya :

Butter Moist Cake
100 gram Tepung Gandum
80 gram Tepung Naik Sendiri
250 gram Butter
110 gram Gula Kastor
4 Biji Telur
1 sudu teh Esen Vanilla

Cara-cara :


Butter tu make sure dalam suhu bilik ye. Potong kecik2 supaya senang nak pukul dengan mixer. Masuk dalam mixing bowl sekali dengan gula kastor. Letak tepi kejap.


Dalam mangkuk lain, ayak tepung gandum + tepung naik sendiri. Ayak 3 kali better la kot. Aku hentam ayak sekali je sebab pemalas. Hahaha.....


Telur yang 4 biji tu, siap-siap masuk dalam satu bekas lain ye. Senang sikit masukkan sebelah tangan sebab aku guna mixer yang kene pegang sendiri tu. Heheh.. Alamak, sebiji kuning dah terpecah plak, abaikan ye....


Lepas tu, pukul butter + gula tadi sampai jadi pucat dan berkrim. Masukkan telur sebiji sebiji ye. Last sekali masukkan esen vanilla. Tutup mixer. Ambik Spatula.


Masukkan tepung dan kacau sehingga rata. Jangan buat macam kacau simen ye, kacau slow-slow je asalkan rata. Letak tepi kejap.


Baki butter dekat sarung dia tu jangan buang ye, sapu dekat loyang yang nak digunakan tu. Walaupun non-stick, sapu jugak, in case la kan...Hehehe....


Lepas tu, tuang je adunan kek tu ke dalam loyang yang dah di sapu butter tu ek. Make sure oven dah dipanaskan dengan suhu 170 darjah Celcius, di bakar lebih kurang 20 - 25 minit. Check tahap keperangan atas kek tu la, then guna lidi cucuk setiap penjuru termasuk tengah. Kalau lidi tu keluar bersih, maknanya dah masak la tu ye.


Rupa di dalam oven. Awat kek aku mengelembung tak rata ek? Tapi bila keluarkan dia ok la.. Tak tahu kenapa... Maklumlah, aku bukan pakar kek. Pakar Apam Polkadot je..Hehehe...


Nampak tak cop mohor tengah-tengah kek tu. Hahaha.. Cop tu dapat dari loyang. Aku malas nak terbalikkan semula, so guna yang bawah la sebab bawah lagi cantik...Hehehe.....

Mari Potong.... Hasilnyaaaa....


Superb!! Sumpah tak tipu. Moist gile okay...... Hehehe... Bahan senang, buat senang, hasilnya sedap.. So, apa tunggu lagi, sila cuba, buat untuk suami tersayang, hidang dengan teh o panas, terangkat ok. Suami makin sayang. Hehehe...

Maaflah kualiti gambar di ambil hanya menggunakan camera Blackberry ku. Maklumlah takde camera digital SLR. Heheh... Jadiklah ek..asalkan ade rupa kek.....

So....sebelum aku terlupa...

Aku akan buka order untuk Cheese Tart mulai hari ini. Sesiapa nak order boleh hubungi aku dengan cara :

Call / SMS : 012-6480424
BBM : 2272A0B2
E-Mail : positive_babe [at] yahoo [dot] com
Whatsapp pun boleh. :)



Tengok Cheese Tart je ye sbb yang belah kanan tu Tart Telur. Buat untuk makan sendiri je. Malas nak edit gambar. Heheh... 

Harga :

Minimum 25pcs - RM20
50pcs - RM40

Filling Strawberry / Blueberry

Hurry... Place your order.....

Marie Cheese Layer InsyaAllah minggu depan k....... Love you... Tata.....



Monday 21 November 2011

New Product Coming Soon - Cheese Tart and Marie Cheese Layer

STAY TUNE FOR MY LATEST PRODUCT THIS COMING DECEMBER'11

1. ASSORTED CHEESE TART
Tantalizing treat match with a cup of tea/coffee

Buttery Sweet Pastry with a Crisp and Flaky texture combined with Creamy Cream Cheese and Blueberry/Strawberry/Kiwi/Mango filling.

Price and Picture will be update soon!!

2. MARIE CHEESE LAYER
Delicious and Simple Cheese Cake

Rich and Creamy Cream Cheese layered with Marie Biscuits and topped with Shredded Cheddar Cheese

Price and Picture will be update soon!!



Friday 11 November 2011

Apam Ladybird - 1st Try.. Ok ke?

Assalamualaikum. Tujuan aku mengemas kini blog ini adalah kerana..(ceh, macam ape je kan...?).. Hehehe.. Okay, just nak inform, haritu masa Raya Haji ada kawan aku order Apam tapi nak base merah dot hitam. Kebetulan dia nak warna macam tu, aku pun try la bereksperimen membuat Apam Ladybird. Okay, cakaplah aku jakun ke ape ke, aku tahu blogshop lain dah maju ke depan dah siap bee, angry birds bagai, aku baru nak buat Ladybird. 

At least aku try ok! Sebab aku tak pernah terfikir lagi nak buat Apam style bukan polkadot. Aku ni manalah ada masa nak belajar tekun-tekun. Tengok-tengok kat internet pun bukan leh try time tu jugak, so bila kebetulan ade kawan order apam warna yang KEBETULAN, aku pun try la..Hehehe...

Korang judge la ye, ok ke tak.


1st try kan, so memang tak berapa nak kemas sangat. Camera pulak guna BB punya je, memang agak menyakitkan mata la ye kualiti gambar ini. Jadi, jika anda suka Apam Ladybird saya, type APAM 10 hantar ke 32888. Eh, ape melalut daaaa...

Okay, sesiapa nak order Apam Ladybird ini, bolehlah menghubungi saya ;

Call/SMS/Whatsapp - 012 - 6480424
E-Mail - positive_babe (at) yahoo (dot) com
BB Pin - 2272A0B2

Harganya.....

50pcs - RM20
100pcs - RM35

Mahal sikit la ye sebab buatnya memang leceh. Lama sikit prosesnya. Hehehe.. Jadi, diumumkan, aku kini senang mengkaji cara untuk membuat APAM BEE dan APAM ANGRY BIRDS. Kalau berjaya, aku akan upload gambar di sini. Ok tak?


Monday 31 October 2011

Apam Polkadot... :)

Salam semua... lama sungguh tak update blog ni kan? Salah satu sebab adalah kerana agak sibuk membuat tempahan Apam Polkadot. Alhamdulillah, tempahan tak putus-putus setiap minggu. Ramai juga customer yang repeat order dan percaya dengan hasil tanganku ini. 

Okay, tujuan update blog ni sebab nak upload gambar apam polkadot yang dibuat baru-baru ni. Tapi tak semua lah sebab ada jugak yang terlupa nak snap gambar sebab dah penat sangat.. :)

 Ni siapa order ek? Hurm... Kak Elly (KD) 250 pcs, Timah (Ampang) 200pcs dan Heliah (Ampang) 200pcs. Total 650pcs. Start buat 3ptg macam tu. Then stop dinner kejap, sambung balik dalam pukul 10pm, siap dalam 3pagi. Gila tak? Nasib baik esoknya Ahad. Hehehe....

 Ni order dari Munirah (TTDI) 150pcs Purple + White + Green dan 50pcs Green + Purple. Ni repeat order dari Munirah.

 400pcs inti mix order dari Natasya (Bangsar). Dia cakap order ni untuk majlis pertunangan kawan dia. So masa aku deliver apam ni, aku pass dekat kawan dia je. Dah second time dia order but still tak dapat jumpa. 1st time haritu husband aku yang pi hantar dekat dia sebab masa tu aku masih sedang mengukus apam, so takleh nak tinggalkan.  Hehehe.. Takpe, ade rezeki kita jumpa ye kak!


Ni order from Elly (KD), 100pcs Blue + White dots/swirls. Repeat order juga.

Gambar ni diambil sebab nak tengok macam mana rupa tepung yang diletak pewarna putih. Jakun sikit sebab baru terjumpa pewarna putih dekat Bakery Supplier KD ni. Agak mahal jugak, sebotol kecik 5 hengget lebih. So, time guna tu kene jimat-jimat sikit la.. :)


 Yang kiri diorder oleh officemateku Amy 100pcs Mix, dan yang kanan tu diorder oleh Kak Azira (KD) 100 pcs Mix pink + white dots/swirls.

Yang ni order pertama lepas masuk kerja after cuti raya haritu. Untuk majlis jamuan raya katanya. Alamak, tak ingat nama. Sorry ye. Tapi yang ni aku gi deliver dekat 3 Two Square, PJ. Dekat dengan office je.

Itulah sedikit sebanyak gambar-gambar yang sempat diambil. Ni baru sikit je ni. Rasanya banyak order yang aku terlupa snap sebab dah penat sangat, habis kemas je terus membaringkan diri. Hehehe.

Ha... ade pengumuman sikit. Mulai 1 December 2011, harga Apam Polkadot ini akan dinaikkan sedikit. Actually plan untuk naikkan harga ni dah lama, sejak gula + susu segar naik harga. Tapi atas sebab-sebab tertentu, aku tak jadi nak naikkan harga. Tapi bila fikir-fikir balik, kalau setakat berniaga, hasil jualan tolak modal, untungnya tak seberapa tapi penatnya tak terkira, aku decide nak naikkan harga jugak, tapi tak banyak la. :)

Aku rasa harga baru Apam Polkadot aku ni masih berpatutan memandangkan aku pernah terjumpa di blog-blog / mudah.com harga 100pcs mencecah RM40 pun ada. Kiranya aku naikkan harga ni secara reasonable la ek. :)

So...ini harga barunyaaaa.....

Effective 1 December 2011
New Price for Apam Polkadot
50pcs - RM15
100pcs - RM30
Filling: Coklat, Blueberry, Strawberry, Kaya, Mango, Apple, Lemon, Kiwi, Nutella (+RM5 every 50pcs).

Apam Angry Birds / Ladybird /  Bee
50pcs - RM18
100pcs - RM35
Filling: Coklat, Blueberry, Strawberry, Kaya, Mango, Apple, Lemon, Kiwi, Nutella (+RM5 every 50pcs).

Tanpa Inti
50pcs - RM12
100pcs - RM24

Ok tak?

Mahal?

Tak sangat kan?

Sebab, aku ada pernah beli from other blog yang jual Apam Polkadot ni dengan harga yang sama dengan aku. Tapi hasilnya sangat mengecewakan. Bila aku bandingkan saiz apam polkadot dia dan apam polkadot aku, bezanya memang ketara even kami menggunakan papercup saiz yang SAMA. See? Aku tak lokek isi adunan penuh-penuh dalam papercup sebab lepas masak Apam polkadot tu akan jadi montel macam penjualnya. Hehehe... So, aku rasa adil untuk aku naikkan harga sikit kan?

So, you guys sebagai pembeli yang kene bijak memilih. Harga? Kualiti? Mana satu lebih penting..?

P/S : Takde niat nak memburukkan blogshop lain. Cuma nak memberi contoh. Harap takde yang salah faham.

Saturday 20 August 2011

Resepi Karipap Sardin

Salam Ramadhan buat semua yang sudi membaca blog aku ni. Dah lama gile tak update kan... Bulan puasa ni memang tak ambil order apam polkadot langsung sebab keletihan yang amat. Maklumlah, balik kerja kadang-kadang sampai rumah dah pukul 6.00pm lebih. Nak cari lauk lagi, nak masak lagi, nak kemas lagi. Kadang-kadang pukul 9.00pm mata dah surrender. Lepas tu 4.30am nak bangun sahur pula. Pastu bersiap ke office. Letih sungguh.... Tapi cuba juga untuk go with the flow.

Sepanjang bulan puasa ni boleh dikatakan hampir setiap hari aku masak untuk suami tercinta. Motifnya hanyalah nak berjimat dan dapat makan dengan kuantiti yang banyak sikit. Maklumlah, kami suami isteri memang kuat makan. Hehehe... So, sempena hari Sabtu harini, kerja half day(still kerja ok!), aku tiba-tiba teringin nak makan karipap sardin. Aku tak nak beli, aku nak yang homemade. Meroyan tak? Hahaha.. Dahlah aku tak pernah buat karipap sendiri, kecuali dengan seliaan mak. Lantas jariku mendail nombor telefon mak dan meminta resepi.

The best part, rumah aku takde alat penggelek tepung tu, takde acuan karipap...Heheh..So, macam mana aku nak buat karipap? Mak bagi idea, cakap gelek guna botol sos, then tepi-tepi dia tak yah kelim, tapi tekan-tekan dengan garfu. Hurm..Sounds good... Ayuh....

Bahan-bahan


1/2 kg tepung gandum
1/2 cawan Buttercup yang dicairkan dan disejukkan
Air + Garam ikut lembut.

Cara-Cara

1-Masukkan tepung gandum ke dalam bekas yang besar
2-Buat lubang tengah-tengah timbunan tepung tersebut menggunakan jari.
3-Tuangkan Buttercup yang dah dicairkan tadi.
4-Gaulkan dengan tangan yang kering sehingga rupa bancuhan tepung tu macam ala-ala crumble.
5-Tuangkan air + garam sedikit demi sedikit sehingga mendapat tahap kelembutan yang anda cari.
6-Bahagikan kepada 4 bahagian. Ketepikan. Biar dia rehat kejap. Jom buat inti....

Bahan-bahan untuk Inti


1 tin besar Sardin jenama King Cup/Ayam Brand (Brand lain sumpah tak sedap..no offence!)
2 biji bawang merah dimayang halus
3 ulas bawang putih cincang
2 sudu cili kering kisar
Garam secukup rasa

Cara-Cara


1-Keluarkan ikan sardin dari tin. Asingkan kuah dia. Lenyek-lenyekkan ikan tu sehingga hancur sikit.
2-Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga bau naik. Tapi jangan sampai hangit pulak sebab bawang putih ni senang hangit.
3-Masukkan bawang merah yang dimayang halus tu. Kacau sehingga nampak bawang tu berubah warna jadi transparent. So, maknanya bawang tu sedang "caramelize". Hahaha.. Penangan tengok Masterchef.
4-Masukkan cili kisar. Kacau sehingga agak garing.
5-Masukkan sardin yang telah dihancurkan tadi. Gaul rata-rata.
6-Kalau nampak agak kering, masukkan sedikit sos ikan sardin tadi. Tapi jangan banyak-banyak.
7-Perasakan dengan garam.
8-Bila dah nampak kering sikit, tutup api, angkat, sejukkan kejap.

Lepas tu bolehlah mulakan proses menggelek tepung. So, sini aku ada attachkan gambar karipap yang aku buat tanpa guna penggelek dan acuan karipap. Aci lah ek... Hehehe..



Sumpah aku lupa nak ambil gambar lepas goreng. Hehehe.. Maklumlah nak cepat berbuka puasa. Ni je lah satu-satunya gambar karipap aku yang aku ambik. Jadilah ek, dari takde.

Okay, aku nak korang yang baca blog aku ni try resepi ni. Aku bukan jenis yang suka-suka nak share resepi yang tak sedap tau. Tak percaya? Blog aku bukan blog masakan, kalau ade resepi pun 2 atau 3 kerat je. Itu pun lepas aku try test sedap, baru aku share. Untuk resepi ini, resepi intinya aku yang cipta, manakala kulit luarnya resepi mak aku. Confirm sedapppp... Serious....

Untuk berbuka ni aku goreng 10 ketul, habis..licin..makan 2 orang je ok...Hehehe.. Kalau habis tu maknanya sedap la kan? Ha, cepat gi cuba. Puas hati dapat makan inti macam ni sebab bila beli dekat luar, sumpah aku tak suka inti sardin yang dimasak macam tu. Buat sendiri lagi puas hati. Ada pedas, masam, masin semua cukup. Alhamdulillah.....

Cuba jangan tak cuba.... Walaupun agak poyo nak share resepi karipap sardin dalam blog, tapi ini bukan calang-calang punya karipap sardin ok.....

Ciao... Selamat Hari Raya in advance.....







Thursday 14 July 2011

New Updates.. Apam Polkadot

Assalamualaikum..

Lama betul tak update blog. Yela, sebagai seorang isteri yang siangnya bekerja, dan malamnya menerima tempahan Apam Polkadot, sangat susah untuk aku bahagikan masa apatah lagi nak mengemas rumah dan memasak untuk suami. Namun, aku cuba jugak sebab aku nak jadi superwoman!!

Alhamdulillah, tempahan Apam Polkadot aku semakin hari semakin banyak. Paling sikit aku kene buat dalam seminggu adalah 200pcs. Terima kasih kepada semua customer yang repeat order dengan aku dan tidak lupa juga kepada customer baru yang ingin merasa.

Di kesempatan ini, aku juga nak memohon keampunan, jika ada customer yang dapat apam aku tu tak seperti yang dihajatkan. Contohnya bantat, keras atau ape2 saje la. Aku minta ampun dan maaf. Aku masih baru dalam bidang ini dan masih cuba memperbaiki skill aku untuk mendapatkan apam yang PERFECT. Banyak tips aku cuba kaji di internet dan dari ibu aku sendiri. Aku akan cuba baiki ape yang kurang. Aku janji!! Demi customer2 aku yang sangat aku sayangi.

Aku upload sekali gambar-gambar apam dari koleksi terbaru. Koleksi gambar memang tak banyak sebab kadang-kadang bila dah penat, terus lupa nak snap gambar. Terima kasih kepada yang order, ada yang untuk birthday party anak, majlis adik nikah adik, mahupun untuk makan sendiri, aku sangat berbesar hati kerana kalian percaya pada aku.

InsyaAllah, jika sesuatu tu kita buat dengan hati yang ikhlas, nescaya ada sesuatu yang baik menanti untuk kita.

Jadi kepada semua yang nak order, tempahan masih dibuka sepanjang masa. Kecuali kalau aku ada sesuatu agenda yang tak dapat dielakkan, contohnya tempahan terlalu banyak dalam 1 hari atau balik kampung, aku akan inform korang semua k.

Bila weekdays memang aku limitkan tempahan aku sebab aku ye la, aku kan ada kerja tetap, aku tak nak sebab aku terlalu banyak terima tempahan, badan letih, tidur lambat, in the end akan effect performance aku dekat office. Sekali lagi aku tekankan, perniagaan ini hanyalah SIDE INCOME aku. Aku mempunyai pendapatan tetap dengan bekerja di NISSAN PJ. So harap semua faham dengan situasi aku. Dalam satu hari, aku boleh terima 200pcs je. Aku tak kisah untuk adun hari-hari sebab 200pcs tu insyaAllah akan siap dalam pukul 10malam. So, aku akan mendapat rehat yang secukupnya untuk kerja keesokan harinya. Jikalau order terlalu banyak, yang memang aku tak dapat tolak, contohnya haritu aku ada 800pcs hari yang sama, aku cuti! Ye, aku boleh cuti. No problemmm.... Depends la pada balance annual leave aku jugak. =)

Aku terfikir nak naikkan sedikit harga apam ni sebab sumpah harga bahan-bahan semua dah naik sikit. Aku siap buat muka dekat adik Mira dekat City Bakers,KD tu. Tapi nak buat macam mana? Tapi demi customer aku tersayang, aku TIDAK AKAN naikkan harga buat masa ni.

Harga masih sama.

50pcs - RM13
100pcs - RM25

Filling lebih atau nak filling Nutella kene add RM5 setiap 100pcs.

Dengan hanya membayar harga di atas, insyaAllah kalian semua akan menerima apam yang montel2 , kemas dan sedap. Aku memang paipkan adunan lebih sikit supaya dia akan naik gebuuuus. Itu pun aku tak charge sebab aku nak jadikan trademark aku. Bak kata Kak Min (Putra Heights), masa aku hantar apam dekat rumah dia, "Waa.. Gebu macam apamnya jugak Haizum ni... ". So korang leh agak la aku ni badan camne ek. Hehehee..

Okay.. Nak order sms atau call aku ye. BBM pun boleh. E-mail pun boleh. Semua details aku ade dekat post sebelum ni.


Salam 1 Malaysia..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday 23 May 2011

Apam Polka Dot

Salam semua. Dah lama tak update blog kan? Hurm, kali ni aku nak update blog dengan sesuatu yang baru aku berjinak-jinak. Mula-mula aku buat Apam Polka Dot ini masa birthday party anak buah aku. Ramai yang terpikat dengan kecomelan apam tersebut, lalu aku telah mendapat 1st order dari jiran aku. Alhamdulillah, order tak putus-putus. Ingin diingatkan, aku menjual Apam Polka Dot ini secara sambilan sahaja. Siang aku kerja, malam baru aku buat apam polka dot.

Jadi kepada sesiapa yang berminat nak order Apam Polka Dot ini, boleh hubungi aku dengan cara,

E-mail-positive_babe@yahoo.com
SMS/Call - 0126480424
BBM Pin - 2272A0B2

Harga:
100pcs - RM25 (New Price : RM30 effective Dec'11)
50pcs - RM13 (New Price : RM15 effective Dec'11)

Harga di atas boleh dicampur-campur intinya seperti chocolate, strawberry, blueberry, kaya, mango, kiwi, lemon dll. Kalau nak inti NUTELLA pun boleh, cuma kene tambah RM5. Maklumlah NUTELLA kan mahal. Heheh.

Buat masa ni, aku tak berani nak pos lagi. Tapi kalau ada permintaan, aku akan cuba. Untuk pengetahuan semua, aku duduk di Kota Damansara. Jadi, untuk yang memilih untuk dihantar by hand, ini pickup pointnya ,

(Percuma)
Giant Kota Damansara
Carrefour Kota Damansara
Mutiara Damansara
Damansara Perdana

Bagi yang nak aku hantarkan,tapi certain-certain tempat je la ye,

(RM5)
TTDI

(RM10)
Kelana Jaya

Lain-Lain tempat boleh dirunding. Akan aku pertimbangkan.

Buat pengetahuan semua, Apam Polka Dot ini juga boleh dijadikan door gift untuk wedding. Aku akan bungkuskan dalam plastik kecil atau kotak kecil mengikut permintaan.Harga boleh runding. Just hubungi aku je.

Apam Polka Dot ni tengah popular. Alhamdulillah, order aku untuk hujung bulan ni memang full. Setiap hari aku kene adun. Alhamdulillah, rezeki. =)

Bagi yang berminat, sila hubungi aku. Untuk BULK ORDER pun boleh. Boleh dirunding ye.

Call aku cepat.. =)

Daaa..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday 6 May 2011

Kemaskini rawak!

Salam 1Malaysia! (Tiba-tiba) Dah lama tak update blog. Nasib baik tak bersawang. (Ayat standard blogger-blogger tegar) Bulan April banyak peristiwa yang berlaku namun apa yang kita impikan atau rancangkan, tak semua kita boleh dapat.

19 April 2008, hari aku diijabkabulkan dan sah menjadi isteri kepada seorang lelaki yang kukenali selama 5 tahun. 19 April 2011, genap 3 tahun perkahwinan kami. Boleh dikatakan berjuta dugaan yang aku hadapi tapi semuanya memberikan aku lebih kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan kehidupan. Itu yang Allah SWT dah tuliskan untuk aku. Jadi aku harus redha. Setiap perkahwinan memang akan ada sedikit masam pahitnya. Tipulah kalau cakap, "Aku bahagia , tak pernah bergaduh dengan suami aku". N O N S E N S E ! !

Fasa crucial biasanya pada 2 tahun pertama dan Alhamdulillah, aku kini di fasa selesa iaitu fasa "Menerima suamiku seadanya", bukan complaint dengan attitude yang dah sebati dalam diri dia atau bukan selalu memarahi dia atas sebab yang aku dah tahu kenapa dia macam tu. Aku yang pilih dia sebagai suami, jadi segala pahit manis pedas masin payau semua harus aku telan dan sebagai isteri aku harus cari cara yang sesuai untuk adapt sedikit demi sedikit dengan perangai suami aku.

5 tahun kenal, masih belum cukup mengenali sikap sebenar suamiku. Masih banyak yang perlu aku belajar supaya aku dapat mengikut rentak dia dan dia juga mengikut rentak aku. Kalau dulu boleh dikatakan aku selalu membebel dan selalu marah dia mengenai benda yang sama, sekarang aku dah boleh diam dan sabar, sebab ada satu suara dalam hati aku berbisik, "Ini lelaki yang kau pilih. Kau harus terima dia seadanya. Ingat, walau macam mana sekalipun, syurga kau tetap di bawah tapak kaki dia". Jadi, aku diam, hati aku tak sakit, kepala aku tak pening. Pendek cerita, aku dah boleh menerima segala kekurangan suami aku sebab aku tahu suami aku pun menerima aku seadanya.

Aku mengharapkan perkahwinan kami kekal sampai mati dan aku berdoa supaya kami dikurniakan zuriat darah daging sendiri walaupun lambat sekalipun. Rezeki masing-masing dan aku kene redha memang bukan rezeki aku untuk ada anak lagi buat masa ini. Allah SWT tahu masa yang terbaik untuk aku menimang cahaya mata. Aku akan terus menunggu dan berusaha. Persetankan apa orang nak cakap, mandul ke, tak subur ke, tak pandai main ke, sorry to say, kalau rezeki kau belum ada, kau main hari-hari pun kau tetap takkan dapat anak. Kan?

Sambutan Anniversary ke-3 sangatlah nan ado. Plan ke KK. Tiket dah dibeli sejak tahun lepas. Aku beli masa 0 fare dengan harga RM98 untuk 2 orang pergi balik. Damn Cheap kan? But, takde rezeki untuk aku ke KK. Hubby baru masuk kerja tempat baru (which is Nissan also macam aku, but different place), so memang tak boleh nak cuti panjang. Aku redha tiket itu burn. Sambutan mungkin dipostpone tahun depan. Ahaks!

But, something awesome! We managed to bought Air Asia ticket to Bandung for the whole family! Yeay! So, kali ni, hubby, mak ayah, adik, kakak, naurah n parents semua dapat pergi Bandung. Datenya 17 Feb 2011 and kami akan stay sana for 6 days 5 night okay. Damn awesome!! Now, sesi mengumpul duit untuk shopping sakan and aku nak balas dendam pergi ke semua tempat yang aku tak sempat pergi haritu. Especially, Kampung Daun, Sederhana n Simpang Raya. Eh, semua restoran je. Makan je aku ni! So what? Hahah..

Then, bulan April juga adalah bulan kelahiran the first baby in Hashim's family, Naurah Yasmin. Sekejap je dia dah setahun. Dia sangat disayangi sebab cucu pertama bagi keluarga aku. My sister berjaya throw one fantastic party pada 2 May haritu. Aku berjaya membuat Apam Polka Dot! Yeay! Alhamdulillah, ramai yang datang memeriahkan sambutan Hari Lahir Naurah. Semua happy, but a bit penat. Yela, buat dekat rumah, so lepas bersuka-ria kenelah kemas. Sampai sakit kaki aku. Haha.

Ape lagi ek nak tulis. Ha, now I'm driving my husband's Saga sebab my cute Savvy dipinjam oleh my bro in law. Kereta dia dalam workshop. So, dah hampir 2 weeks aku drive Saga. Petrol sedikit over budget but will try to make it. Smile!

Till then. I manage to write a long long entry using my BB. Yeay! I don't know why I can't use my BB as a modem to my desktop anymore. I don't know why. But, nevermind, I still can surf using my BB which is the BIS contract will be end this July. Ha! Another nightmare. Whatever. Apesal aku meroyan tulis in English. Dahlah grammar ke laut. Whatever, at least I tried.

Ta ta ti ti tu tu.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday 22 April 2011

Kisah Sakit Hati

Salam Sabtu semuaaa.. Entry pendek untuk tatapan reader-readerku (kalau ada). Heheh.. Actually tiba-tiba teringat pasal satu kisah ni. Aku sakit hati dengan seorang kawan sekolah aku. Sebab dia kawen tak jemput aku.

Tu pun nak sakit hati kan? Memang aku sentap! Aku tak tahu ape salah aku dekat dia. Tapi, masa aku kawen, aku siap datang rumah dia hantar kad kawen aku. Bagi BY HAND okay! Alhamdulillah, aku syukur sebab dia datang masa majlis aku. Berkebaya lagi! Heheh.. Aku kawen 2008, then 2010 aku dapat tahu dari FB, dia nak kawen and dia create event dekat FB tu dan jemput kawan-kawan ke majlis dia. Pelik, without nama aku padahal aku memang ada dalam list kawan FB dia. Tak kisahlah, sebab maybe dia lupa dekat aku kot. Aku andaika maybe dia akan pass kad kawen dia dekat jiran aku (kawan baik dia) atau dia akan hantar sendiri dekat rumah aku. Nan Ado.. Hampeh..

Last-last, aku buat bodoh je la masa majlis dia tu. Yela, orang tak jemput takkan aku nak datang jugak. Tapi yang bestnya, jiran aku (kawan baik dia) ni, kawan baik aku jugak since tadika tau, dia cakap "Ejum asal ko tak datang ***** kawen? ". Aku jawablah, "Dia tak jemput pun.. Telefon pun tak, SMS pun tak, MSG kat FB pun tak, hantar kad lagi lah tak.." . Leh pulak jiran aku ni jawab, "La ejum, asal ko tak datang? Dia jemput semua la. Ko tahu,ramai tak datang majlis dia. Budak sekolah kita dua tiga orang je datang.". Aku pun macam, what the hell?, dalam hati la. Aku kene datang sebab kesian majlis ko takde orang datang? Mane pergi adab ko menjemput kawan-kawan ko. Kita bukan tak kenal. Form 5 satu kelas tu. Mungkin ni la kot balasannya sebab ko tak jemput kawan-kawan ko secara proper, masa majlis ko takde orang nak datang.

Aku bukan nak mengungkit atau membangkit (ceh, lagu Siti NorDiana dah keluar), aku teringat kisah ni sebab malam tadi aku dok belek-belek gambo kawen aku dalam PC, terjumpa pulak gambar aku amek dengan ko masa majlis aku tu. See? Siap amek gambar sama bagai, tapi ko kawen tak nak jemput aku secara proper. Kesian aku.

Aku bukan nak bangga diri. Cuma nak beritahu la, aku drive sendiri pergi rumah kawan-kawan aku hantar kad kawen tau. Sampaikan kawan yang last jumpa darjah 6 pun aku gi terjah rumah dia (credit to Zana, Munirah, Aimi, Osman). Alhamdulillah, semua datang memeriahkan majlis aku. Cerita ko tak jemput orang masa majlis kawen ko, orang mesti akan ingat sampai bila-bila. Percayalah.. Memang sakit hati, but siapalah aku nak tentukan siapa yang patut ko jemput masa majlis kawen ko..

Pengajaran untuk semua. Pasal kawen-kawen ni orang akan ingat sampai bila-bila tau. Yelah, majlis besar kita. Hargailah kawan-kawan anda. Kalau boleh kalau nak menjemput tu, jangan kedekut kad kawen. Memang ko tempah kad tu untuk diberi pada orang kan? Kalau takde kad pun, dah habis ke, call la, atau datang rumah. Ni ko pass-pass jemputan ko dekat orang (which is aku tak tahu betul ke tak ko jemput). Its not proper at all.

P/S : Aku sekarang dah mengamalkan cara pergi jemputan kawen yang ada kad,call, sms atau FB event je. Yang lain-lain, bolayan.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday 16 April 2011

Char Kuey Tiow terbaik wok..

Aku bersiaran kembali bersama resepi lain pulak. Sorry kalau blog aku ni dah jadi blog masakan pulak. Bukan niat aku nak menunjuk-nunjuk skil masakan ke ape ke. Ye la, aku bukannya ada anak untuk diceritakan perkembangan tumbesarannya, atau aku bukannya mengandung nak diceritakan kesihatan kandungan aku. So, aku ada skil memasak je untuk share dengan korang. (Perasaan ade reader la konon).

Malam ni aku masak Char Kuey Tiow. Ingat nak masak kuey tiow goreng biasa je, tapi buhsan la pulak. So, aku pun Google la resepi CKT ni. Aku ambil resepi yang bagi aku paling unik sebab banyak komen dari reader yang dah cuba buat, memang sedap! Si tukang kongsi resepi pun kata ni resepi pure Penang mali. So, you allz, layankan je la mak meroyan ni ye.. Heheh.. Sebelum start masak CKT ni, korang kene buat kicapnya dulu. Kicap ni la yang special. Kicap ni pun boleh disimpan dalam peti ais dan memang tahan lama.

Inilah resepinya...(Credit to MyResepi)

Bahan-Bahan Kicap CKT
200gm Udang
250ml Air
4 ulas bawang putih diketuk (aku cincang je sbb nak kasi feeling best bila tergigit dalam CKT)
6 sudu besar Sos Tiram
3 sudu kecil Kicap Pekat
3 sudu besar Kicap Manis
1 sudu kecil Petis
2 sudu besar Pati Ikan Bilis (aku takde yang granulate, so aku letak 1 kiub)
2 sudu besar Garam (atau adjust ikut tahap kemasinan yang disukai)
1 sudu kecil Gula

Cara-Cara buat Kicap CKT
1-Rebus udang (jangan kopek siang ke ape ke, basuh je) dengan air sampai agak-agak..Sendiri agak la dah masak ke belum. Siap, angkat udang ketepikan. Ha, bila dah masak leh siang ke, kopek kulit ke, buatlah ikut sesuka hati. Aku kopek kulit tinggalkan ekor. Senang nak makan.. Heheh..
2-Dalam stok udang tadi (still didihkan tau,jangan tutup api), masukkan semua bahan di atas iaitu bawang putih, sos tiram, kicap pekat, kicap manis, petis, kiub ikan bilis , garam dan gula. Kacau..
3-Biar mendidih sampai pekat sikit dan naik bau. Time ni leh la korang rasa-rasa kot tawar ke ape ke. Kicap ni bagi aku kene masin sebab time goreng CKT nanti, takde letak garam tau. Dah siap.. Sejukkan..

Siapkan bahan untuk menggoreng CKTnya pulak ye.. Korang kene ade..

Bahan-Bahan CKT
300 gm Kuey Tiow (if dapat yang halus-halus tu lagi feel)
4 sudu besar Kicap CKT (resepi di atas)
1 sudu besar Cili Boh
Isi Kerang (siap direbus)
Udang (yang tadi korang rebus buat stok)
Daun Kucai
Taugeh
2 biji Telur
Air mengikut kebanjiran yang diingini

Cara-Cara
1-Panaskan kuali, tuang sedikit minyak masak. Perlu diingatkan, masak CKT ni perlu guna api paling besar ye sebab prosesnya sangatlah sekejap.
2-Minyak dah panas, dengan api yang besar, masukkan 1 sudu besar cili boh. Kacau sehingga agak garing.
3-Masukkan 4 sudu besar kicap CKT tadi dan kacau. Letak lebih pun boleh ikut suka.
4-Masukkan udang dan kerang. Kacau.
5-Masukkan air. Agak-agak kalau korang goreng untuk seorang makan letak dalam setengah cawan.
6-Bila dah mendidih,masukkan kuey tiow, daun kucai dan taugeh. Kacau.
7-Part ni aku suka. Masukkan telur. Sebab api besar, bila korang masukkan telur je, kacau laju-laju, automatic CKT ni jadi pekat sikit. Teruja gila aku time masukkan telur ni. Heheh..
8-Siap! Angkat.. Dan makan..

Senang kan? Kicap tu if ada lebih boleh disimpan dalam peti sejuk ye. Next time nak masak boleh guna lagi.

Komen dari En.Hubby, "Lebih sedap dari Pasar Malam,Doli CKT TTDI, Mali's Corner Setapak dan semua tempat lain". Exaggerate? Over suami aku ni. Dia bagi 5/5 bintang some more. Thanks pada akak yang share resepi ini di MyResepi. Aku lupa nama akak tu. Sedap sangat kak.

So, korang leh cuba ye. Lepas ni memang tak layan CKT pasar malam lagi la sebab dah tahu buat. Nak bukak kedai kat pasar malam pun boleh.. Exaggerate lagi.. Okay.. Full Stop!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday 15 April 2011

Sotong Bakar ala Haizum

Semalam entah macam mana aku teringin sangat nak makan sotong bakar. Lagipun, grill comel yang aku beli di Daiso dengan harga RM5 tu macam memanggil-manggil aku minta digunakan.

So, semalam sampai je kedai runcit terus cari sotong. Malangnya, ada Mak Cik yang tiba lebih awal telah memborong sotong dan tinggalkan aku 5 keping je dalam tong. Nasib baik besar-besar. Tapi aku ambil 2 keping je. Cukuplah makan berDua.

Then untuk tambah lauk aku beli ikan kembung 2 ekor. Sangat fresh okay ikan dia. Geram! Tapi aku ambil 2 ekor je. Hehehe..

Sampai rumah, letak beg, terus masak nasi dan memulakan operasi. Aku masak ikan kembung kicap dulu, then baru aku bakar sotong. Just nak share dengan korang la resepi yang telah aku mix n match kan. Layanzzzz..

Bahan-Bahan
2 ekor sotong saiz besar
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
1 sudu kecil Sos Tiram

Bahan-Bahan untuk Air Asam
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji cili merah
6 biji cili padi (eh, cili padi ni panggil biji ke? Lantak la.. Heheh)
Sedikit belacan
1/2 cawan Jus Asam Jawa
Sedikit Garam

Cara-Cara
1-Siang sotong tu la. Buang kulit dan segala isi perut. Cuci bersih-bersih. (Aku jumpa ikan dalam perut sotong aku. Masalahnya ikan tu sangat menyeramkan.Panjang, muncung.Husband aku cakap ikan belacak. Memandai je ko..)
2-Perap sotong dengan serbuk kunyit, garam dan sos tiram. Ketepikan.
3-Aku terus buat air asam. Aku guna chopper IKEA je. Bawang merah tu separuh aku chop, separuh aku hiris. So, separuh bawang merah,1 ulas bawang putih, 1 biji cili merah, 6 biji Cili Padi dan belacan yang sudah dibakar tu dichop menggunakan chopper. (Betulke ayat aku?) Untuk memudahkan kerja mengchop, potong kecik2 semua bahan di atas ye.
4-Dah settle, masukkan dalam mangkuk, tuang air asam, masukkan separuh lagi bawang merah yang dihiris dan sedikit garam. Rasaaaaa.. Gi letak atas meja dulu.
5-Time untuk mencandat sotong.. Eh, membakar sotong. Panaskan grill. Letak sotong tu atas grill. Balik-balikkan. Jangan bakar lama sangat ye. Nanti sotong jadi liat. Dah settle, angkat, kelar-kelar kasi cantik.
6-Hidangkan.

Senang je kan? Air Asam tu memang mantop. Ada rasa masam, masin, manis dan pedas. Makan dengan nasi pun sedap. So, rajin-rajinkanlah diri anda ke dapur supaya dapat cuba resepi aku ni ek.

Selamat Mencuba.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday 9 April 2011

Majlis Perkahwinan Nadia & Hairani

2 April yang lepas telah berlangsung Majlis Perkahwinan sepupu perempuanku iaitu Nadia. Nadia ni anak kepada kakak ayah aku. Anak Mak Long aku. Ayah aku orang panggil Pak Ngah (anak kedua). Got it?

Majlisnya diadakan di Rumah Media, Melaka. Berdekatan dengan Mydin MITC. Nad nikah hari jumaat 1 April, tapi disebabkan aku dah apply cuti Sabtu (ye, aku kerja sabtu), aku tak ambil la cuti Jumaat. Husband aku pun baru kerja dekat Nissan tu, takkan nak ambil cuti banyak-banyak pulak kan? Dia pun ambil cuti Sabtu. Abang ipar aku pun baru kerja di tempat baru,jumaat tu dia tak boleh cuti. Sabtu dia memang cuti (jeles). Mak,kak long,kak ngah, adik dan baby naurah bertolak jumaat pagi. Ayah memang dah ada dekat sana sebab kerja. Kami bertiga pulak bertolak malam lepas balik kerja.

Imagine hari jumaat punya jammed! Pening aku. Aku keluar office kat PJ nak balik KD pun dah ambil masa 1 jam lebih. Husband aku pulak from Batu Caves, nasib baik dia naik motor. Abang ipar pulak kerja di KD dan kene balik rumah mak hantar kereta di KL. Imagine? Last-last nak dekat 9 lebih baru kami bertolak dari Ampang! 12 baru sampai Melaka sebab campur jammed dekat highway lagi. Disaster.

Sampai je rumah nenek, makan nasi dengan sambal tumis nenek yang sedap, terus tidur. Tidur lambak je dekat ruang tamu.

Bangun pagi, breakfast terBest kat kampung ni ialah Nasi Lemak bungkus dengan Mee Goreng bungkus. Mantop!! Lepas tu siap-siap terus bertolak ke Rumah Media. Dalam 10am lebih kami dah sampai.

Takde buat ape sangat sebab buat dekat dewan, so setting dah siap, makanan dah siap, penat berborak je la. Heheh.. Eh, tak! Aku ada jaga door gift kejap. Kejap je la. Heheh.

Seronok jumpa sepupu-sepupu, Mak Pak Sedara dan yang paling penting jumpa nenek, sebab aku dah 3 bulan tak balik Melaka. Bukan tak nak balik, disebabkan tuntutan kerja dan masa yang tidak menyebelahi aku dan hubby.

So, dalam pukul 3 lebih ke pukul 4 tu tetamu pun dah beransur kurang. Kami sekeluarga pun mengundurkan diri. Salam-salam, cium-cium then gerak. Kak Ngah, Abg Ipar dan baby Naurah balik KL dulu sebab ada appointment nak jumpa kawan diorang sebelah malam. Kami tak terus balik, tapi singgah Mydin MITC minum-minum kejap.

Dalam pukul 5 macam tu baru kami bertolak balik KL. Seronok letih semua ada. Panas okay. Nasib baik majlis dekat dewan. Kalau dekat rumah memang terbakar muka. Maklumlah musim panas. KL pun sama, bukan nak kata Melaka je.

To Nad dan Hairani, Kak Ejum ucapkan Selamat Pengantin Baru. Semoga kekal sehingga akhir hayat. Percayalah, alam perkahwinan ini perlukan kesabaran dan tolak ansur. Yang penting, terimalah pasangan Nad seadanya. Layarilah bahtera rumah tangga dengan aman sejahtera dan tiada sengketa. Jadilah isteri yang mengikut cakap suami, bukan isteri yang membantah cakap suami. Cepat-cepat dapat baby okay. Doakan kak ejum dapat baby jugak!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday 6 April 2011

Resepi Sandwich Sardin Mantop!

Kembali bersiaran selepas sekian lama tak mengupdate blogku ini. Bukan apa, cuma takde cerita yang menarik untuk dikongsikan. Rutin harian pun lebih kurang sama, kerja, balik kerja, masak, kemas, dan tidur. Esoknya, ulang balik benda yang sama.

Mungkin hujung bulan ini ada banyak kot agenda yang ingin diupdate. Sebab bulan ini adalah anniversary perkahwinan aku yang ke-3 dan juga ada majlis hari jadi anak buahku yang tersayang. So, confirm akan aku update okay!

Berbalik pada tajuk, "Resepi Sandwich Sardin Mantop". Rasanya semua orang tahu buat sandwich sardin kan? Masing-masing ada citarasa tersendiri nak menyedapkan sandwich anda instead of just bukak tin sardin dan terus tuang dalam mangkuk dan ngap! Ini resepi style aku. Sila layan...

Bahan-Bahan
1 tin kecil sardin jenama sukahati (tin kecik je cukuplah makan 2 orang)
1/2 biji bawang merah
4 batang cili padi (nak berapi letak lebih ok!)
4 biji limau kasturi
Mayonis
Black Pepper
White Pepper
Garam
Roti (penting! Kalau takde alamatnya gaul dengan nasi aje la)

Cara-Cara
1-Bukak tin sardin dan tuangkan isinya kedalam mangkuk.Biasanya tin kecil akan ada 2 keping ikan sardin gemuk-gemuk. Kalau ikan kurus-kurus akan ada 3 keping.
2-Buangkan sedikit kuah tomato tu. Kalau nak sandwich anda ala-ala moist sikit, sila letak lebih. Nak banjir pun boleh!
3-Cincang bawang merah dan cili padi. Masukkan dalam mangkuk sardin tadi. Lenyek-lenyekkan sampai hancur.
4-Masukkan garam,mayonis,white pepper,black pepper dan air perahan limau kasturi. Kacau sampai rata.
5-Dah siap! Sapukan roti dengan planta, letakkan bancuhan sardin mantop tadi, kapitkan(bahasa apekah ini? Tapi paham kan?) dengan another roti. Ngappp!!

Note : Kalau nak letak timun pun boleh, aku tak letak sebab aku tak makan timun. Hubby aku makan timun tapi ada aku kisah? Aku yang masak so kene lah ikut selera aku. Wakakak isteri derhaka!

Resepi ini ala-ala masam,masin, dan pedas. Memang mantop! Hubbyku kalau makan satu bungkus roti yang panjang (noted ek,Gardenia yang RM3.20 tu, bukan yang kecik tu) tu dia boleh habiskan. Siap jilat-jilat mangkuk lagi! Tak paham aku.

So, menu yang simple pun boleh dijadikan makan malam. Dihidangkan pula bersama air teh panas. Memang mantop! Kesimpulannya, inilah menu makan malam aku. Disebabkan tekak dah muak makan nasi, beralih kepada roti pula. Poyo je kan, resepi sandwich sardin pun nak letak dalam blog. Saje je nak share dengan korang. Kalau sudi baca, bacalah. Tak sudi, sila tekan butang pangkah kat penjuru atas kanan tu ek. Heheh..

Sampai jumpa lagi.. InsyaAllah weekend ni ingat nak masak Mee Siam. Kalau jadi masak akan aku share resepinya dengan korang ek. Kalau jadilah, sebab Ahad ni pun ada kenduri kahwin. Takut tak sempat. Tapi akan kucuba masak untuk dinner... Daaa..

P/S : Maaf, kualiti gambar ala-ala tepi jalan je. Yela, bukan snap guna DSLR(entah betul eja ke tak ni, aku hentam je)pun, guna kamera Blackberry ni je. Buat-buat tak nampak je la ek.. ;p


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday 20 March 2011

Resepi Mee Jawa Simple

Hari ni aku dengan En.Suami telah pecah rekod. Bangun tidur pukul 1pm. Boleh? Gara-gara menontom Hikayat Merong Mahawangsa malam tadi. Dalam pukul 1am baru sampai rumah. Tu yang terlajak tidur.

Bangun je, buat-buat terkejut. Eh, dah pukul 1pm? En.Suami kata nak masak ape? Aku cakap ape-ape la. Memula, dia mintak laksa. Aku cakap okay je. Tiba-tiba dia cakap Mee ape lagi ade ek? Aku jawablah, Mee Kari, Mee Rebus, Mee Jawa... Terus dia cakap, Ha.. Mee Jawa la.. Sudah.. Disebabkan Mee Jawa yang paling sedap pernah aku makan ialah Mee Jawa mak aku, maka gigihlah aku menelefon mak nak mintak resepi. Sorry syg, awk bawak saya sampai Klang makan the best Mee Jawa pun still tak leh lawan Mee Jawa mak saya..

So, saje je nak share resepi yang super simple ini. Yang penting sedapp.. Jom..

Bahan-Bahan
Mee Kuning
Timun dihiris halus
Telur direbus dan dipotong 4
Taugeh dibersihkan
Tauhu digoreng dan dihiris kecil
Bawang Goreng
Daun Bawang
Cili Padi/Cili Merah dihiris halus + Kicap + Limau Kasturi

Bahan untuk Kuah Mee Jawa
Bawang Merah ditumbuk
Bawang Putih ditumbuk
Udang kering direndam dan ditumbuk
Cili kering kisar
Keledek + Kentang direbus dan dilenyek
Air
Garam

Cara-Caranya pula
1-Aku hiris bahan-bahan untuk tabur dulu.
2-Aku buat kuah kicap
3-Aku celur mee
4-Baru start buat kuah. Panaskan minyak.
5-Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga harummm.
6-Masukkan udang kering yang dah ditumbuk tadi. Kacau sehingga garing.
7-Masukkan cili kering kisar. Part ni aku letak lebih sikit sebab En.Suami suka pedas. Kacau sehingga pecah minyak.
8-Masukkan keledek dan kentang yang dah dilenyek tadi. Kacau dan masukkan air. Air biar lebih sikit sebab kuah ni akan pekat bila sejuk.
9-Biar mendidih dan perasakan dengan garam. Siap.

Cara nak makan senang je. Masukkan mee kuning yang sudah dicelur ke dalam mangkuk. Letakkan bahan tabur seperti tauhu,telur rebus,timun dan taugeh. Curahkan kuah dan akhir sekali taburkan bawang goreng dan daun bawang. Kalau suka makan dengan cili kicap + limau. Sedappp. Macam En.Suami tak suka makan dengan cili kicap.

Alhamdulillah. First time aku buat sendiri Mee Jawa ni sebab selama ni sebelum kahwin just tolong mak buat je. Rasanya memang sama macam mak aku buat. Suami pun puji. Katanya, kalah kedai. Heheh. Bahan-bahannya simple kan, tapi if kene gayanya, memang masakan kita akan jadi sedap.

Ade sesetengah orang kalau masak suka sangat letak benda mengarut-ngarut. I mean, if takde benda-benda tu, masakan still akan rasa sedap, dan disebabkan benda-benda tu diletak,masakan akan jadi agak pelik. Contohnya, aku pelik kenapa ada orang masak asam pedas kene letak halia la, buah keras la. Aku masak cuma bawang putih, bawang merah, kunyit dan sedikit belacan sahaja. Tapi En.Suami makan berhirup-hirup jugak. Masak Lemak cili api pun ade jugak yang suka letak halia, buah keras, jintan-jintan pun aku pernah tengok. Tak pelik ke rasa dia nanti? Cukuplah letak bawang je, sebagai pemanis makanan. Tak perlu lebih-lebih, buat pelik makanan je. No offense. Just from my point of view.

Ada jugak yang masak memang follow 100% resepi, tapi still tak jadi. Salah resepi ke? Takkkkk.. Sebab cara orang masak lain-lain. Dan cara orang identify tumisan tu dah garing ke tak pun lain. Sebab tu rasa akan lain even resepinya sama. Bak kata orang.. Air tangan..

So, sila cuba je resepi ni. Takkan menyesal..

P/S : Abg Merong.. Kaulah wiraku..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday 14 March 2011

Paddington House of Pancake

Aku rindu nak makan Pancake Platter with Choc Fondue ini. Harganya tidak la terlalu mahal. Seingat aku, cuma RM12.90.

Yang ni dibelanja oleh teman baikku sempena mendapat bonus masyukk. Thanks Latha for the treat. You're the best friend I ever had. You tak pernah berkira dengan I, you always be there when I need you. You tak berpura-pura dengan I. You sangat-sangat menjadi diri you which is the best thing about you. Hope we will be friends for ever and ever.

Eh, ni cerita Paddington House of Pancake ke cerita pasal kawan baik. Whatever it is, misi aku adalah nak makan ini dalam masa terdekat. Dan juga aku nak merasa makan di Flaming Steamboat. En.Suami, awak janji nak belanja saya makan best sikit hujung bulan ni sempena gaji pertama awak sebagai pekerja Nissan. I just name the place, you bayar k.

Something sad, honeymoon trip to KK this April terpaksa dibatalkan. Burn je la duit tiket RM98 pergi balik 2 orang tu. Nasib baik tak sampai seratus harga tiket tu. If not, memang ralat sikit la. Sebabnya, En.Suami kan baru kerja dekat tempat baru, macam tak best pulak nak ambil cuti lama-lama sebab kebetulan my cousin pun kahwin April. So, have to sacrifice either one la and I choose to cancel my honeymoon trip.

Its okay, mungkin kali ni takde rezeki nak pergi KK. Maybe next time. Yang penting, can't wait for Family Trip to Bandung next year Feb. First time jalan sejauh ini bersama keluarga. Sangat-sangat tidak sabar. 6 hari dekat sana and macam-macam plan dah aku fikirkan. Itinerary pun aku dah siapkan. Heheh.. Excited kan? First time naik kapal terbang bersama En.Suami. Mau shopping sakannn di Bandung.

Okay.. Ni dah jadi macam entry rojak. Hurm, saje je nak update about me sebab dah lama tak update kan. Macam-macam cerita la yang keluar kan?

P/S : Seronok gak update blog sambil baring-baring..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday 7 March 2011

Selamat Hari Wanita!

Pagi tadi dengar HotFm topik mengenai "Kerana wanita itu.....". Ada seorang pemanggil lelaki menceritakan tentang seorang wanita yang sanggup menerima dia walaupun usus besar dia dah dibuang dan dia terpaksa membuang air besar menggunakan plastik yang diletakkan diperut beliau.

Dari sebelum operation, sehingga bertunang, dan dia dioperate dan sehingga sekarang sudah berkahwin dan ada anak seorang, wanita itu tabah berada disamping dia menyayangi dia seadanya walaupun ada kekurangan pada diri dia.

Beruntung sungguh lelaki itu kerana dikurniakan seorang wanita yang sudi bersama dia dalam keadaan susah atau senang dan sakit atau sihat.

Adakah suami aku akan menjadi seperti itu jika aku sakit atau tidak berdaya untuk membuat apa-apa?

Adakah dia akan setia menjaga aku?

Adakah dia sanggup menjaga aku?

Adakah?

Adakah?

Menitik air mata aku mendengar cerita pemanggil tadi.. Aku harap perkahwinan beliau bersama wanita mulia itu kekal hingga ke akhir hayat..

Ya Allah.. Aku impikan untuk menjadi setabah itu...


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Baldu Merah

Mungkin sounds too backdated bagi sesiapa yang pernah rasa. Tapi aku baru sahaja berpeluang menikmatinya pada hari Sabtu yang lepas. 

Cadangnya memang aku nak order kek ini untuk makan-makan je, tapi bila mak aku telefon then beritahu hari Sabtu akan ada family day untuk keluarga kami, maka aku tukarkan kek ini sebagai menu pencuci mulut pada hari tersebut.


Kek ni aku order di Diana Delight aka Kak Diana di Taman TTDI Jaya
Shah Alam. Aku memberanikan diri untuk mencuba kek ini dari Kak
Diana kerana produk-produk lain dari kedainya yang pernah aku rasa
memang tak mengecewakan. Aku pernah order
Chilled Oreo Cheesecake,
Oreo Cupcakes,
 Sweet Cheese Bun, Cute Cream Puff dan pernah dapat
free
Orange Cupcakes sebagai tanda perkenalan masa first time aku beli
dengan dia. Kak Diana ni sangat sweet and aku salute dia sebab dia pandai
bahagi masa kerana dia seorang isteri bekerjaya, dan ada anak-anak
kecil. Dalam masa yang sama kene uruskan business dari rumah.
Aku kagum dengan semangat dia. Teringat aku masa aku sampai rumah
dia untuk ambil
Red Velvet Cake ni, anak dia yang bukak pintu
sebab Kak Diana tengah baring kepenatan baru balik kerja.
Muka dia aku nampak memang betul-betul keletihan, dan nampak
lesu. Namun kerana minat dia gagahkan diri dia untuk menjadi
multi-task aka super women.

 Wikipedia Source

 "A red Velvet Cake is a cake with a dark red, bright,
red or red-brown color. It is usually prepared as a layer cake with
either vanilla or chocolate flavor topped with a creamy white icing.
Common ingredient are buttermilk,butter,flour,cocoa and food coloring.
The amount of cocoa used varies in different recipes.Cream Cheese
frosting is most commonly paired with the cake, as well as
butter cream."

So this is Red Velvet from Diana Delight.

Whole Cake with Edible "The Hashim's Family Day"

Lepas potong 1 slice...Alamak camera tak berapa nak kualiti..Snap guna BB je...

Sepotong kek Red Velvet sedia untuk dimakan.. 

Overall aku memang puas hati dengan kek ini. Cuma, komen dari ahi keluarga yang lain kata topping cream cheese tu agak nipis. Aku dah sms testimonial aku dekat Kak Diana, dia terima komen aku as a positive comment untuk upgrade lagi Kek Red Velvet ni sebab boleh dikatakan kek ni produk baru kedai dia. Dia kata next time dia akan buat layer dengan cream cheese tu.. Hurm.. I like...

Okay.. Antara menu lain semasa Family Day tersebut ialah Yong Tau Fu dan BBQ (ayam/ikan). Potato salad pun ada. This one is my favourite. Super Yummy... I love my family with all my heart. 

Pada hari kejadian juga aku telah menerbangkan duit sebanyak RM400 kerana kereta Savvy ku punya COIL ade problem. Kawan hubby from Proton tolong betulkan. Kalau masuk service centre memang RM600 lebih tu. Thanks kawan hubby...Heheh...(ayat macam budak tadika)

Till then.... xoxo 

Friday 4 March 2011

Suri Rumah vs Isteri Bekerja

Bagi aku setiap wanita yang bergelar isteri sama ada bekerja atau tidak masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri. Aku terpanggil untuk menulis mengenai topik ini sebab aku ada terbaca di sebuah blog yang sangat-sangat menyanjungi suri rumah sepenuh masa. Bagaimana kami yang bekerjaya ini? Adakah disebabkan kami bekerja maka tumpuan terhadap rumahtangga dan suami juga menjadi kurang? Tak baik bersangka begitu. Jujur aku katakan , isteri bekerjaya lebih unik dan istimewa berbanding isteri yang menjadi suri rumah sepenuh masa kerana golongan seperti aku ini terpaksa membuat 2 kerja dalam satu masa iaitu bekerja untuk mencari rezeki dan juga menguruskan rumahtangga. Double Up tugas-tugas isteri yang tak bekerja! Setuju dengan aku?

Bagi aku sendiri, aku bukanlah seorang isteri yang perfect. Kadang-kadang aku pun mengelat jugak untuk masak dan mengemas rumah sebab dah penat seharian di pejabat. Namun, aku juga bukanlah seorang isteri yang teruk sanggup membiarkan rumah seperti tongkang pecah dan dapur tak berasap seminggu

Rutin harian aku bermula seawal jam 6.00am dan kadang-kadang berakhir sehingga jam 10.00pm

Kalau jadi suri rumah sepenuh masa, kalau kerja dibuat dari awal pagi,jam 5.00ptg dah boleh tergolek depan tv menonton sinetron kan? 

Tipu? 

Betul! 

Sebab aku pun ada jugak jadi suri rumah sepenuh masa bila hari cuti dan juga hari ahad. Aku pun dapat merasakan pengalaman jadi full time housewife ini. Banyak masa lapang. Rumah tak perlu dimop hari-hari. Dapur tak perlu disental hari-hari. Jadi memang akan ada banyak masa terluang. Am i right? Tak setuju?

Kadang-kadang, sampai rumah je, letak beg, tak sempat duduk lagi dah ke dapur sebab mengenangkan perut suami yang perlu diisi. Dengan uniform office yang masam-masam tu lah aku siang ikan, potong ayam, goreng sayur. Sambil tu, tangan ligat kutip baju kotor untuk dicuci ke dalam mesin basuh. Sambil tunggu kuah mendidih, lap habuk di atas almari. Habis masak, kemas dapur, jemur baju, makan. Lepas makan kene cuci pinggan mangkuk pula. Lepas cuci pinggan, mandi dan kene lipat baju pula. Tak berhenti langsung tangan ini. Penat kan?

Jadi, janganlah terlalu bangga anda menjadi suri rumah sepenuh masa dan asyik kondem isteri yang bekerja ni tak boleh melayan suami dengan baik la, tak boleh masak untuk suami la, baju tak boleh nak basuh la dan rumah tak boleh dikemas la. Aku pun bukan masak hari-hari. Tapi, aku tetap akan pastikan dapur aku berasap 3 atau 4 kali seminggu. Selebihnya, terima kasih hubby kerana memahami. Baju pulak aku basuh 2 hari sekali. Duduk berdua, takdenye aku nak basuh baju hari-hari. Bukan banyak pun. Membazir air je. Aku bangga dengan diri aku kerana mampu menguruskan rumahtangga dan dalam masa yang sama aku adalah seorang isteri yang bekerja. Letih tolak tepi, yang penting hubby puas hati... Eh, macam pantun pulak....

Ini bukan entry mengutuk, cuma penjelasan yang lebih terperinci...

Thursday 3 March 2011

Resipi Sotong Telur Masin


Today tekak tiba-tiba teringin nak makan Sotong Telur Masin. Sebab masa first time makan dekat Fresh Unique Seafood Restaurant,PJ hati ini dah terpikat. Jadi apa lagi, sambil buat kerja dekat office tadi, tangan ni dok mengGoogle guna Blackberry kesayanganku. Terjumpalah resipi Ketam Telur Masin. Jadi aku telah mengubah resipi itu menjadi Sotong Telur Masin. Credit to MyResipi.

Mari kita lihat bahan-bahannya...

Bahan-Bahan
5 ekor sotong putih
2 ulas bawang putih
Sedikit daun kari
5 biji Cili Padi
Sedikit susu cair
1 biji telur 
Sedikit Tepung Goreng Serbaguna 
Mentega
2 biji Telur Masin (kuningnya sahaja)
Garam/Lada sulah

Cara-Cara
  • Basuh sotong bersih-bersih dan potong ikut suka hati. Aku potong keping-keping lebar. Bukan bulat-bulat ring tu tau.
  • Rebus sotong dengan sedikit air sehingga lebih kurang empuk. Toskan dan ketepikan.
  • Cincang 2 ulas bawang putih dan potong 5 biji cili padi tadi kecil-kecil
  • Daun kari jangan lupa dileraikan dari batangnya.
  • Sotong tadi dicelup kedalam bancuhan telur dan digolek-golekkan di atas tepung goreng serbaguna.
  • Deep Fry kan sotong tersebut untuk menjamin kerangupan. Aku takde deep fryer jadi guna periuk sudah.
  • Dah siap sila letak tepi.
  • Now, ambil 2 biji kunig telur masin dan kukus selama 5 minit. Lepas itu, lenyek-lenyekkan.
  • Panaskan kuali, masukkan sedikit mentega.
  • Tumis bawang putih, cili api dan daun kari sampai sakit hidung dan tersedak.
  • Masukkan kuning telur masin,garam sedikit,lada sulah.
  • Kacau hingga sebati dan masukkan 2 sudu besar susu cair.
  • Tunggu sehingga mendidih dan agak berbuih, masukkan sotong yang dah digoreng tadi.
  • Kacau sehingga rata dan siap untuk dihidangkan. 
  • Jangan lupa kemas dapur ye....
Jadi, inilah lauk makan malam aku bersama suami tercinta. Sotong Telur Masin, Sambal Belacan (wajib sebab hubby suka) dan Telur Dadar. Simple but sedappp sangat. Percayalah, masak nak dekat 1 jam lebih, makan tak sampai 15 minit... Thanks hubby sebab puji masakan i.....Love u muchooo.... 

Jangan tak cuba ye...Percayalah.. Memang sedappp...!! 

Konflik Rakan Sekerja

Tak..... Aku bukan perempuan yang suka mencari gaduh dengan orang lain. Tapi masalah ini bukan aku sahaja yang merasainya, tetapi dengan rakan baik aku yang lain.

Konflik yang aku maksudkan adalah bukannya konflik tarik-tarik muka dengan rakan sekerja. Tetapi lebih kepada perasaan menyampah, meluat dan geram dengan sikap segelintir rakan-rakan di ofis aku. Perasaan ini hanya dipendamkan di dalam hati dan hanya dikongsi dengan rakan baik sahaja.

Pernah tak bila kita dengar kawan kita bercakap atau sharing idea di dalam meeting  kita rasa macam nak pergi depan muka dia bagi pelempang sikit atau baling kasut..? Ya, ini yang aku rasakan sekarang. Untuk lebih jelas, biar aku senaraikan sikap-sikap yang jangan kita lakukan bila di dalam meeting, semasa discussion mahupun cakap-cakap kosong.

  • Cakap bila perlu, selebihnya dengar, fahamkan dan kaji
  • Jangan menyampuk semasa bos atau ketua anda sedang memberi penerangan tentang sesuatu
  • Lemparkan soalan yang berkaitan dengan tajuk perbincangan, dalam erti kata lain jangan lari tajuk
  •  Jangan terlalu rajin menolong rakan sekerja anda sehingga timbul perasaan "annoying" kerana habis kerja-kerja kawan anda disettlekan hanya kerana anda mahu menempa nama.
  • Jangan tidur semasa waktu kerja. Bukan tidur-tidur ayam ye, tidur yang keluar bunyi punya.
  • Jangan bantah cakap bos kalau bos suruh buat kerja lebih sikit. Erti kata lain, semua orang buat benda yang sama, tiba-tiba anda nak argue kata kenapa kene buat begitu begini. Buat je. Kata pekerja contoh.
  • Jangan suka buat bunyi-bunyi dari tempat duduk anda, contohnya ketuk-ketuk meja, tekan-tekan pen, goyang-goyang kerusi sampai orang annoying.
Percaya atau tidak, benda ini lah yang aku tahan selama 2 tahun aku berkhidmat di ofis aku. Hanya tuhan yang tahu perasaan aku. Tapi nasib baik bukan aku seorang sahaja yang rasa, malahan almost 60% dari rakan sekerja aku sangat sependapat dengan aku. Jadi, apa yang aku buat untuk release tension dari makhluk-makhluk ganjil tersebut? 

Mengumpat lerrrr...