Sunday 20 March 2011

Resepi Mee Jawa Simple

Hari ni aku dengan En.Suami telah pecah rekod. Bangun tidur pukul 1pm. Boleh? Gara-gara menontom Hikayat Merong Mahawangsa malam tadi. Dalam pukul 1am baru sampai rumah. Tu yang terlajak tidur.

Bangun je, buat-buat terkejut. Eh, dah pukul 1pm? En.Suami kata nak masak ape? Aku cakap ape-ape la. Memula, dia mintak laksa. Aku cakap okay je. Tiba-tiba dia cakap Mee ape lagi ade ek? Aku jawablah, Mee Kari, Mee Rebus, Mee Jawa... Terus dia cakap, Ha.. Mee Jawa la.. Sudah.. Disebabkan Mee Jawa yang paling sedap pernah aku makan ialah Mee Jawa mak aku, maka gigihlah aku menelefon mak nak mintak resepi. Sorry syg, awk bawak saya sampai Klang makan the best Mee Jawa pun still tak leh lawan Mee Jawa mak saya..

So, saje je nak share resepi yang super simple ini. Yang penting sedapp.. Jom..

Bahan-Bahan
Mee Kuning
Timun dihiris halus
Telur direbus dan dipotong 4
Taugeh dibersihkan
Tauhu digoreng dan dihiris kecil
Bawang Goreng
Daun Bawang
Cili Padi/Cili Merah dihiris halus + Kicap + Limau Kasturi

Bahan untuk Kuah Mee Jawa
Bawang Merah ditumbuk
Bawang Putih ditumbuk
Udang kering direndam dan ditumbuk
Cili kering kisar
Keledek + Kentang direbus dan dilenyek
Air
Garam

Cara-Caranya pula
1-Aku hiris bahan-bahan untuk tabur dulu.
2-Aku buat kuah kicap
3-Aku celur mee
4-Baru start buat kuah. Panaskan minyak.
5-Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga harummm.
6-Masukkan udang kering yang dah ditumbuk tadi. Kacau sehingga garing.
7-Masukkan cili kering kisar. Part ni aku letak lebih sikit sebab En.Suami suka pedas. Kacau sehingga pecah minyak.
8-Masukkan keledek dan kentang yang dah dilenyek tadi. Kacau dan masukkan air. Air biar lebih sikit sebab kuah ni akan pekat bila sejuk.
9-Biar mendidih dan perasakan dengan garam. Siap.

Cara nak makan senang je. Masukkan mee kuning yang sudah dicelur ke dalam mangkuk. Letakkan bahan tabur seperti tauhu,telur rebus,timun dan taugeh. Curahkan kuah dan akhir sekali taburkan bawang goreng dan daun bawang. Kalau suka makan dengan cili kicap + limau. Sedappp. Macam En.Suami tak suka makan dengan cili kicap.

Alhamdulillah. First time aku buat sendiri Mee Jawa ni sebab selama ni sebelum kahwin just tolong mak buat je. Rasanya memang sama macam mak aku buat. Suami pun puji. Katanya, kalah kedai. Heheh. Bahan-bahannya simple kan, tapi if kene gayanya, memang masakan kita akan jadi sedap.

Ade sesetengah orang kalau masak suka sangat letak benda mengarut-ngarut. I mean, if takde benda-benda tu, masakan still akan rasa sedap, dan disebabkan benda-benda tu diletak,masakan akan jadi agak pelik. Contohnya, aku pelik kenapa ada orang masak asam pedas kene letak halia la, buah keras la. Aku masak cuma bawang putih, bawang merah, kunyit dan sedikit belacan sahaja. Tapi En.Suami makan berhirup-hirup jugak. Masak Lemak cili api pun ade jugak yang suka letak halia, buah keras, jintan-jintan pun aku pernah tengok. Tak pelik ke rasa dia nanti? Cukuplah letak bawang je, sebagai pemanis makanan. Tak perlu lebih-lebih, buat pelik makanan je. No offense. Just from my point of view.

Ada jugak yang masak memang follow 100% resepi, tapi still tak jadi. Salah resepi ke? Takkkkk.. Sebab cara orang masak lain-lain. Dan cara orang identify tumisan tu dah garing ke tak pun lain. Sebab tu rasa akan lain even resepinya sama. Bak kata orang.. Air tangan..

So, sila cuba je resepi ni. Takkan menyesal..

P/S : Abg Merong.. Kaulah wiraku..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment