Friday, 4 March 2011

Suri Rumah vs Isteri Bekerja

Bagi aku setiap wanita yang bergelar isteri sama ada bekerja atau tidak masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri. Aku terpanggil untuk menulis mengenai topik ini sebab aku ada terbaca di sebuah blog yang sangat-sangat menyanjungi suri rumah sepenuh masa. Bagaimana kami yang bekerjaya ini? Adakah disebabkan kami bekerja maka tumpuan terhadap rumahtangga dan suami juga menjadi kurang? Tak baik bersangka begitu. Jujur aku katakan , isteri bekerjaya lebih unik dan istimewa berbanding isteri yang menjadi suri rumah sepenuh masa kerana golongan seperti aku ini terpaksa membuat 2 kerja dalam satu masa iaitu bekerja untuk mencari rezeki dan juga menguruskan rumahtangga. Double Up tugas-tugas isteri yang tak bekerja! Setuju dengan aku?

Bagi aku sendiri, aku bukanlah seorang isteri yang perfect. Kadang-kadang aku pun mengelat jugak untuk masak dan mengemas rumah sebab dah penat seharian di pejabat. Namun, aku juga bukanlah seorang isteri yang teruk sanggup membiarkan rumah seperti tongkang pecah dan dapur tak berasap seminggu

Rutin harian aku bermula seawal jam 6.00am dan kadang-kadang berakhir sehingga jam 10.00pm

Kalau jadi suri rumah sepenuh masa, kalau kerja dibuat dari awal pagi,jam 5.00ptg dah boleh tergolek depan tv menonton sinetron kan? 

Tipu? 

Betul! 

Sebab aku pun ada jugak jadi suri rumah sepenuh masa bila hari cuti dan juga hari ahad. Aku pun dapat merasakan pengalaman jadi full time housewife ini. Banyak masa lapang. Rumah tak perlu dimop hari-hari. Dapur tak perlu disental hari-hari. Jadi memang akan ada banyak masa terluang. Am i right? Tak setuju?

Kadang-kadang, sampai rumah je, letak beg, tak sempat duduk lagi dah ke dapur sebab mengenangkan perut suami yang perlu diisi. Dengan uniform office yang masam-masam tu lah aku siang ikan, potong ayam, goreng sayur. Sambil tu, tangan ligat kutip baju kotor untuk dicuci ke dalam mesin basuh. Sambil tunggu kuah mendidih, lap habuk di atas almari. Habis masak, kemas dapur, jemur baju, makan. Lepas makan kene cuci pinggan mangkuk pula. Lepas cuci pinggan, mandi dan kene lipat baju pula. Tak berhenti langsung tangan ini. Penat kan?

Jadi, janganlah terlalu bangga anda menjadi suri rumah sepenuh masa dan asyik kondem isteri yang bekerja ni tak boleh melayan suami dengan baik la, tak boleh masak untuk suami la, baju tak boleh nak basuh la dan rumah tak boleh dikemas la. Aku pun bukan masak hari-hari. Tapi, aku tetap akan pastikan dapur aku berasap 3 atau 4 kali seminggu. Selebihnya, terima kasih hubby kerana memahami. Baju pulak aku basuh 2 hari sekali. Duduk berdua, takdenye aku nak basuh baju hari-hari. Bukan banyak pun. Membazir air je. Aku bangga dengan diri aku kerana mampu menguruskan rumahtangga dan dalam masa yang sama aku adalah seorang isteri yang bekerja. Letih tolak tepi, yang penting hubby puas hati... Eh, macam pantun pulak....

Ini bukan entry mengutuk, cuma penjelasan yang lebih terperinci...

11 comments:

  1. aku setuju ngan ko ejum...
    isteri berkerja ni klu ikotkan lagi hebat, dah la penat balik keje, nak kemas umah lagi, basuh baju, masak, layan somi, bla bla bla...
    kan kan kan...
    itu pon kadang2 ade org yg tak paham2.
    contohnye, aku car pool ngan laki aku, kawan2 dia ajak dia main snooker pas keje, sometimes aku bagi, sometimes aku letih & lately ni mmg aku keje nak balik awal je sbb sakit blakang, meloya bla bla bla. tapi kawan2 dia tak paham kate aku ni Q.C! Queen control ok! aku cakap ngan laki aku, bini dorang dok umah, boleh la diorang nak cakap mcm tu, bini dorang tak keje, dok umah je, penat pon paling2 boleh gak baring2 kejap, kter ni??? nak tggu balik umah baru boleh baring! Tak paham yang bler aku ni ajak balik awal di katenye queen control! mmg kuang ajaq, padehal bini depa kat umah pon masing2 kalau dapat tau laki depa ni dok lepak main snooker pas keje lagi teruk bini depa dari aku kot...haihhh dunia dunia...

    ReplyDelete
  2. sabar je za...
    org lain mmg x paham life kita yang bekerja ni..
    time balik keje je la nak rest..itupun bukan fully rest..keje umah kalau kita x buat, bukan ade org tolong buat..nak x nak, kene buat jugak...kadang2 kol 9 baru siap semua keje...by that time mmg mata pun x leh bukak...aku nak suruh berjaga lewat hari biasa ni mmg susah sikit...kalau weekend je boleh..penatt..mata cepat mengantuk..

    ReplyDelete
  3. saya melalui pengalaman bekerja dan juga menjadi fulltime housewife. Semasa bekerja mmg rutin harian spt saudari.
    Bila sudah ada 3 anak sy jd fulltime housewife. Tetapi bila mjadi housewife bukanlah spt yg saudari nyatakan. Rumah perlu dikemas setiap hari...paling kurang hari2 mop rumah..kdg2 sehari 2 kali.Sapu sampah min 2 kali sehari. Tengok tv...paling lama pun 1 jam sehari. Masa mmg digunakan sepenuhnya utk besarkan anak.When u become housewife..off coz family nak makan sedap2 tiap hari, breakfast yg berat, minum petang..night supper. Mmg takde masa utk diri sendiri.

    ReplyDelete
  4. Miss Anon - Saya memberi pendapat secara general sahaja. Minta maaf jika mengguris perasaan anda. Saya kagum dengan Ibu yang mempunyai anak yang ramai dan mampu menguruskan rumah tangga dengan baik kerana mak saya juga seperti anda. Tidak bekerja,membesarkan 4 org anak, menguruskan rumah dan menjaga ayah saya dengan baik.

    ReplyDelete
  5. Betul tu aku setuju dgn anynomous...aku ni berpendidikan tinggi...pernah berkerjaya swasta n goverment tp sbb tak nk tinggalkan keluarga sbb kerja kerajaan bnyak transfer ke mana2 aje xkira da kawin ke tak so lepas berjauhan 2 tahun aku benti je gomen n jd fulltime housewife...perghhh lagi mencabar rasanya duk umah...bngn pg2 wat sarapan, mandikan anak, gosok baju, antar anak g sek, g pasar, masak, amik anak, kemas rumah, bg mkn anak, sidai lipat bj, tidokan anak, ngajar anak, layan kenah anak n suami perghhh tetibe aku cam nk keje balik....kt opis g opis, sarapan, g mtg, borak2 ngan kawan, balik kalu mls mkn luar kalu rajin masak...anak amik je dr nursery.... So mencabar tau sebenatnya tugas wanita ni lebih2 lg fhwife aku selalu duk bising kt laki penaynye duk umah kan bes keje....ingat duk umah ni xde keje ke aku ckp kat laki aku....wekend fthwife berbeza ngan everyday fthwife sbb aku da merasainya

    ReplyDelete
  6. sy penah jugak jd fulltime hwife mid 2010 for 2 mths and mid 2011 for 3 mths. reason sy keje balik in between time tu ngn skrg adelah sbb 1. x cukup nk survive. 2.stress!! huhu
    seriuos ckp mmg rs mcm pening. tulah naluri ibu kot. bile keje, rs risau kan anak2 yg dijage oleh org luar, entah ok entah x, tp bile jg sendiri mmg ase cam adoii peningnye nk hadap karenah diorg. kat opis stress pun blh la gossip2 ngn kwn luahkan stress (kalo stress ngn bos) ni kat umah x psl2 plak terherdik anak. so nak elakkan tu, sy ckp kt husband nk keje balik (dan dikukuhkan lg ngn alasan x cukup nk survive tu, means x blh nk menyaving, ngam2 sgt). lgpon sy rs anak2 ni, kat umah bl kite jg sendiri, manje nye kemain. kalo kat taska, pengasuhnye kata ok je behave. dandiorang pun blh berkwn..

    ReplyDelete
  7. btol...semuanya betul...saya juga apart from all of u...pnah jadi suri rumah n now student phd fulltime...stress yang menggila...sbb as a student,saya kene abis kan tugasan di kelas dan dalam masa yang sama kene buat research yang memeningkan...as a wife,saya kene layan suami saya dengan baik n full sevice...as a mother,saya kene beri perhatian penuh 24/7 sbb anak2 saya masih baby n masih kecil...so mlm2 mesti bangun susu kan ank2,tukar pampers what so ever...as a dauhgter to my mother,setiap hujung minggu saya kene balik umah mak saya...and as a women,kene buat semua tu la...kalo di fikirkan secara logik,mana datang nya kudrat untuk melaksana kan tugas2 tu dengan baik dan secara terperinci...hebat kan Allah ciptakan perempuan/wanita...tahniah saya ucapkan pada kaum hawa.sbb dengan sifat sabarnya,sifat sensetifnya yang halus,sifat lembut,sifat redha, kita mampu untuk buat semua tu.dan ganjaran nya amat lah besar dan x terkira...kita akan jadi PERMAISURI bg segala permaisuri...RATU bg segala ratu yang ada di dunia dan yang paling istimewa,kita akan menjadi RATU KEPADA 72 BIDADARI syurga hanya untuk suami kita.hanya itu saja matlamat saya.isya'Allah.

    ReplyDelete
  8. "Artikel yang sangat bermanfaat. Saya percaya ramai ibu yang nak amalkan tips ni tapi tak ada masa! Jom, pergi ke website pasal pengurusan masa ibu bekerja yg super sibuk dan nak jadi supermommy. Alhamdulillah, dah beribu-ribu ibu bekerja yang transform dan boleh amalkan parenting dan didik anak2 setiap hari. https://www.facebook.com/efficient2me?ref=aymt_homepage_panel
    "

    ReplyDelete
  9. "Artikel yang sangat bermanfaat. Saya percaya ramai ibu yang nak amalkan tips ni tapi tak ada masa! Jom, pergi ke website pasal pengurusan masa ibu bekerja yg super sibuk dan nak jadi supermommy. Alhamdulillah, dah beribu-ribu ibu bekerja yang transform dan boleh amalkan parenting dan didik anak2 setiap hari. https://www.facebook.com/efficient2me?ref=aymt_homepage_panel
    "

    ReplyDelete
  10. Pengisian yang menarik sis. I setuju dengan pendapat u dkt post kali ni. Anyways, Jemput dtg blog i, tips and info untuk kekal slim.

    >>>Kurus sihat Semula Jadi! <<<

    ReplyDelete
  11. sgt bermanfaat. izinkan sy share

    ReplyDelete