Saturday 20 August 2011

Resepi Karipap Sardin

Salam Ramadhan buat semua yang sudi membaca blog aku ni. Dah lama gile tak update kan... Bulan puasa ni memang tak ambil order apam polkadot langsung sebab keletihan yang amat. Maklumlah, balik kerja kadang-kadang sampai rumah dah pukul 6.00pm lebih. Nak cari lauk lagi, nak masak lagi, nak kemas lagi. Kadang-kadang pukul 9.00pm mata dah surrender. Lepas tu 4.30am nak bangun sahur pula. Pastu bersiap ke office. Letih sungguh.... Tapi cuba juga untuk go with the flow.

Sepanjang bulan puasa ni boleh dikatakan hampir setiap hari aku masak untuk suami tercinta. Motifnya hanyalah nak berjimat dan dapat makan dengan kuantiti yang banyak sikit. Maklumlah, kami suami isteri memang kuat makan. Hehehe... So, sempena hari Sabtu harini, kerja half day(still kerja ok!), aku tiba-tiba teringin nak makan karipap sardin. Aku tak nak beli, aku nak yang homemade. Meroyan tak? Hahaha.. Dahlah aku tak pernah buat karipap sendiri, kecuali dengan seliaan mak. Lantas jariku mendail nombor telefon mak dan meminta resepi.

The best part, rumah aku takde alat penggelek tepung tu, takde acuan karipap...Heheh..So, macam mana aku nak buat karipap? Mak bagi idea, cakap gelek guna botol sos, then tepi-tepi dia tak yah kelim, tapi tekan-tekan dengan garfu. Hurm..Sounds good... Ayuh....

Bahan-bahan


1/2 kg tepung gandum
1/2 cawan Buttercup yang dicairkan dan disejukkan
Air + Garam ikut lembut.

Cara-Cara

1-Masukkan tepung gandum ke dalam bekas yang besar
2-Buat lubang tengah-tengah timbunan tepung tersebut menggunakan jari.
3-Tuangkan Buttercup yang dah dicairkan tadi.
4-Gaulkan dengan tangan yang kering sehingga rupa bancuhan tepung tu macam ala-ala crumble.
5-Tuangkan air + garam sedikit demi sedikit sehingga mendapat tahap kelembutan yang anda cari.
6-Bahagikan kepada 4 bahagian. Ketepikan. Biar dia rehat kejap. Jom buat inti....

Bahan-bahan untuk Inti


1 tin besar Sardin jenama King Cup/Ayam Brand (Brand lain sumpah tak sedap..no offence!)
2 biji bawang merah dimayang halus
3 ulas bawang putih cincang
2 sudu cili kering kisar
Garam secukup rasa

Cara-Cara


1-Keluarkan ikan sardin dari tin. Asingkan kuah dia. Lenyek-lenyekkan ikan tu sehingga hancur sikit.
2-Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga bau naik. Tapi jangan sampai hangit pulak sebab bawang putih ni senang hangit.
3-Masukkan bawang merah yang dimayang halus tu. Kacau sehingga nampak bawang tu berubah warna jadi transparent. So, maknanya bawang tu sedang "caramelize". Hahaha.. Penangan tengok Masterchef.
4-Masukkan cili kisar. Kacau sehingga agak garing.
5-Masukkan sardin yang telah dihancurkan tadi. Gaul rata-rata.
6-Kalau nampak agak kering, masukkan sedikit sos ikan sardin tadi. Tapi jangan banyak-banyak.
7-Perasakan dengan garam.
8-Bila dah nampak kering sikit, tutup api, angkat, sejukkan kejap.

Lepas tu bolehlah mulakan proses menggelek tepung. So, sini aku ada attachkan gambar karipap yang aku buat tanpa guna penggelek dan acuan karipap. Aci lah ek... Hehehe..



Sumpah aku lupa nak ambil gambar lepas goreng. Hehehe.. Maklumlah nak cepat berbuka puasa. Ni je lah satu-satunya gambar karipap aku yang aku ambik. Jadilah ek, dari takde.

Okay, aku nak korang yang baca blog aku ni try resepi ni. Aku bukan jenis yang suka-suka nak share resepi yang tak sedap tau. Tak percaya? Blog aku bukan blog masakan, kalau ade resepi pun 2 atau 3 kerat je. Itu pun lepas aku try test sedap, baru aku share. Untuk resepi ini, resepi intinya aku yang cipta, manakala kulit luarnya resepi mak aku. Confirm sedapppp... Serious....

Untuk berbuka ni aku goreng 10 ketul, habis..licin..makan 2 orang je ok...Hehehe.. Kalau habis tu maknanya sedap la kan? Ha, cepat gi cuba. Puas hati dapat makan inti macam ni sebab bila beli dekat luar, sumpah aku tak suka inti sardin yang dimasak macam tu. Buat sendiri lagi puas hati. Ada pedas, masam, masin semua cukup. Alhamdulillah.....

Cuba jangan tak cuba.... Walaupun agak poyo nak share resepi karipap sardin dalam blog, tapi ini bukan calang-calang punya karipap sardin ok.....

Ciao... Selamat Hari Raya in advance.....