Monday, 23 May 2011
Apam Polka Dot
Jadi kepada sesiapa yang berminat nak order Apam Polka Dot ini, boleh hubungi aku dengan cara,
E-mail-positive_babe@yahoo.com
SMS/Call - 0126480424
BBM Pin - 2272A0B2
Harga:
100pcs - RM25 (New Price : RM30 effective Dec'11)
50pcs - RM13 (New Price : RM15 effective Dec'11)
Harga di atas boleh dicampur-campur intinya seperti chocolate, strawberry, blueberry, kaya, mango, kiwi, lemon dll. Kalau nak inti NUTELLA pun boleh, cuma kene tambah RM5. Maklumlah NUTELLA kan mahal. Heheh.
Buat masa ni, aku tak berani nak pos lagi. Tapi kalau ada permintaan, aku akan cuba. Untuk pengetahuan semua, aku duduk di Kota Damansara. Jadi, untuk yang memilih untuk dihantar by hand, ini pickup pointnya ,
(Percuma)
Giant Kota Damansara
Carrefour Kota Damansara
Mutiara Damansara
Damansara Perdana
Bagi yang nak aku hantarkan,tapi certain-certain tempat je la ye,
(RM5)
TTDI
(RM10)
Kelana Jaya
Lain-Lain tempat boleh dirunding. Akan aku pertimbangkan.
Buat pengetahuan semua, Apam Polka Dot ini juga boleh dijadikan door gift untuk wedding. Aku akan bungkuskan dalam plastik kecil atau kotak kecil mengikut permintaan.Harga boleh runding. Just hubungi aku je.
Apam Polka Dot ni tengah popular. Alhamdulillah, order aku untuk hujung bulan ni memang full. Setiap hari aku kene adun. Alhamdulillah, rezeki. =)
Bagi yang berminat, sila hubungi aku. Untuk BULK ORDER pun boleh. Boleh dirunding ye.
Call aku cepat.. =)
Daaa..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Friday, 6 May 2011
Kemaskini rawak!
19 April 2008, hari aku diijabkabulkan dan sah menjadi isteri kepada seorang lelaki yang kukenali selama 5 tahun. 19 April 2011, genap 3 tahun perkahwinan kami. Boleh dikatakan berjuta dugaan yang aku hadapi tapi semuanya memberikan aku lebih kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan kehidupan. Itu yang Allah SWT dah tuliskan untuk aku. Jadi aku harus redha. Setiap perkahwinan memang akan ada sedikit masam pahitnya. Tipulah kalau cakap, "Aku bahagia , tak pernah bergaduh dengan suami aku". N O N S E N S E ! !
Fasa crucial biasanya pada 2 tahun pertama dan Alhamdulillah, aku kini di fasa selesa iaitu fasa "Menerima suamiku seadanya", bukan complaint dengan attitude yang dah sebati dalam diri dia atau bukan selalu memarahi dia atas sebab yang aku dah tahu kenapa dia macam tu. Aku yang pilih dia sebagai suami, jadi segala pahit manis pedas masin payau semua harus aku telan dan sebagai isteri aku harus cari cara yang sesuai untuk adapt sedikit demi sedikit dengan perangai suami aku.
5 tahun kenal, masih belum cukup mengenali sikap sebenar suamiku. Masih banyak yang perlu aku belajar supaya aku dapat mengikut rentak dia dan dia juga mengikut rentak aku. Kalau dulu boleh dikatakan aku selalu membebel dan selalu marah dia mengenai benda yang sama, sekarang aku dah boleh diam dan sabar, sebab ada satu suara dalam hati aku berbisik, "Ini lelaki yang kau pilih. Kau harus terima dia seadanya. Ingat, walau macam mana sekalipun, syurga kau tetap di bawah tapak kaki dia". Jadi, aku diam, hati aku tak sakit, kepala aku tak pening. Pendek cerita, aku dah boleh menerima segala kekurangan suami aku sebab aku tahu suami aku pun menerima aku seadanya.
Aku mengharapkan perkahwinan kami kekal sampai mati dan aku berdoa supaya kami dikurniakan zuriat darah daging sendiri walaupun lambat sekalipun. Rezeki masing-masing dan aku kene redha memang bukan rezeki aku untuk ada anak lagi buat masa ini. Allah SWT tahu masa yang terbaik untuk aku menimang cahaya mata. Aku akan terus menunggu dan berusaha. Persetankan apa orang nak cakap, mandul ke, tak subur ke, tak pandai main ke, sorry to say, kalau rezeki kau belum ada, kau main hari-hari pun kau tetap takkan dapat anak. Kan?
Sambutan Anniversary ke-3 sangatlah nan ado. Plan ke KK. Tiket dah dibeli sejak tahun lepas. Aku beli masa 0 fare dengan harga RM98 untuk 2 orang pergi balik. Damn Cheap kan? But, takde rezeki untuk aku ke KK. Hubby baru masuk kerja tempat baru (which is Nissan also macam aku, but different place), so memang tak boleh nak cuti panjang. Aku redha tiket itu burn. Sambutan mungkin dipostpone tahun depan. Ahaks!
But, something awesome! We managed to bought Air Asia ticket to Bandung for the whole family! Yeay! So, kali ni, hubby, mak ayah, adik, kakak, naurah n parents semua dapat pergi Bandung. Datenya 17 Feb 2011 and kami akan stay sana for 6 days 5 night okay. Damn awesome!! Now, sesi mengumpul duit untuk shopping sakan and aku nak balas dendam pergi ke semua tempat yang aku tak sempat pergi haritu. Especially, Kampung Daun, Sederhana n Simpang Raya. Eh, semua restoran je. Makan je aku ni! So what? Hahah..
Then, bulan April juga adalah bulan kelahiran the first baby in Hashim's family, Naurah Yasmin. Sekejap je dia dah setahun. Dia sangat disayangi sebab cucu pertama bagi keluarga aku. My sister berjaya throw one fantastic party pada 2 May haritu. Aku berjaya membuat Apam Polka Dot! Yeay! Alhamdulillah, ramai yang datang memeriahkan sambutan Hari Lahir Naurah. Semua happy, but a bit penat. Yela, buat dekat rumah, so lepas bersuka-ria kenelah kemas. Sampai sakit kaki aku. Haha.
Ape lagi ek nak tulis. Ha, now I'm driving my husband's Saga sebab my cute Savvy dipinjam oleh my bro in law. Kereta dia dalam workshop. So, dah hampir 2 weeks aku drive Saga. Petrol sedikit over budget but will try to make it. Smile!
Till then. I manage to write a long long entry using my BB. Yeay! I don't know why I can't use my BB as a modem to my desktop anymore. I don't know why. But, nevermind, I still can surf using my BB which is the BIS contract will be end this July. Ha! Another nightmare. Whatever. Apesal aku meroyan tulis in English. Dahlah grammar ke laut. Whatever, at least I tried.
Ta ta ti ti tu tu.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Friday, 22 April 2011
Kisah Sakit Hati
Tu pun nak sakit hati kan? Memang aku sentap! Aku tak tahu ape salah aku dekat dia. Tapi, masa aku kawen, aku siap datang rumah dia hantar kad kawen aku. Bagi BY HAND okay! Alhamdulillah, aku syukur sebab dia datang masa majlis aku. Berkebaya lagi! Heheh.. Aku kawen 2008, then 2010 aku dapat tahu dari FB, dia nak kawen and dia create event dekat FB tu dan jemput kawan-kawan ke majlis dia. Pelik, without nama aku padahal aku memang ada dalam list kawan FB dia. Tak kisahlah, sebab maybe dia lupa dekat aku kot. Aku andaika maybe dia akan pass kad kawen dia dekat jiran aku (kawan baik dia) atau dia akan hantar sendiri dekat rumah aku. Nan Ado.. Hampeh..
Last-last, aku buat bodoh je la masa majlis dia tu. Yela, orang tak jemput takkan aku nak datang jugak. Tapi yang bestnya, jiran aku (kawan baik dia) ni, kawan baik aku jugak since tadika tau, dia cakap "Ejum asal ko tak datang ***** kawen? ". Aku jawablah, "Dia tak jemput pun.. Telefon pun tak, SMS pun tak, MSG kat FB pun tak, hantar kad lagi lah tak.." . Leh pulak jiran aku ni jawab, "La ejum, asal ko tak datang? Dia jemput semua la. Ko tahu,ramai tak datang majlis dia. Budak sekolah kita dua tiga orang je datang.". Aku pun macam, what the hell?, dalam hati la. Aku kene datang sebab kesian majlis ko takde orang datang? Mane pergi adab ko menjemput kawan-kawan ko. Kita bukan tak kenal. Form 5 satu kelas tu. Mungkin ni la kot balasannya sebab ko tak jemput kawan-kawan ko secara proper, masa majlis ko takde orang nak datang.
Aku bukan nak mengungkit atau membangkit (ceh, lagu Siti NorDiana dah keluar), aku teringat kisah ni sebab malam tadi aku dok belek-belek gambo kawen aku dalam PC, terjumpa pulak gambar aku amek dengan ko masa majlis aku tu. See? Siap amek gambar sama bagai, tapi ko kawen tak nak jemput aku secara proper. Kesian aku.
Aku bukan nak bangga diri. Cuma nak beritahu la, aku drive sendiri pergi rumah kawan-kawan aku hantar kad kawen tau. Sampaikan kawan yang last jumpa darjah 6 pun aku gi terjah rumah dia (credit to Zana, Munirah, Aimi, Osman). Alhamdulillah, semua datang memeriahkan majlis aku. Cerita ko tak jemput orang masa majlis kawen ko, orang mesti akan ingat sampai bila-bila. Percayalah.. Memang sakit hati, but siapalah aku nak tentukan siapa yang patut ko jemput masa majlis kawen ko..
Pengajaran untuk semua. Pasal kawen-kawen ni orang akan ingat sampai bila-bila tau. Yelah, majlis besar kita. Hargailah kawan-kawan anda. Kalau boleh kalau nak menjemput tu, jangan kedekut kad kawen. Memang ko tempah kad tu untuk diberi pada orang kan? Kalau takde kad pun, dah habis ke, call la, atau datang rumah. Ni ko pass-pass jemputan ko dekat orang (which is aku tak tahu betul ke tak ko jemput). Its not proper at all.
P/S : Aku sekarang dah mengamalkan cara pergi jemputan kawen yang ada kad,call, sms atau FB event je. Yang lain-lain, bolayan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Saturday, 16 April 2011
Char Kuey Tiow terbaik wok..
Malam ni aku masak Char Kuey Tiow. Ingat nak masak kuey tiow goreng biasa je, tapi buhsan la pulak. So, aku pun Google la resepi CKT ni. Aku ambil resepi yang bagi aku paling unik sebab banyak komen dari reader yang dah cuba buat, memang sedap! Si tukang kongsi resepi pun kata ni resepi pure Penang mali. So, you allz, layankan je la mak meroyan ni ye.. Heheh.. Sebelum start masak CKT ni, korang kene buat kicapnya dulu. Kicap ni la yang special. Kicap ni pun boleh disimpan dalam peti ais dan memang tahan lama.
Inilah resepinya...(Credit to MyResepi)
Bahan-Bahan Kicap CKT
200gm Udang
250ml Air
4 ulas bawang putih diketuk (aku cincang je sbb nak kasi feeling best bila tergigit dalam CKT)
6 sudu besar Sos Tiram
3 sudu kecil Kicap Pekat
3 sudu besar Kicap Manis
1 sudu kecil Petis
2 sudu besar Pati Ikan Bilis (aku takde yang granulate, so aku letak 1 kiub)
2 sudu besar Garam (atau adjust ikut tahap kemasinan yang disukai)
1 sudu kecil Gula
Cara-Cara buat Kicap CKT
1-Rebus udang (jangan kopek siang ke ape ke, basuh je) dengan air sampai agak-agak..Sendiri agak la dah masak ke belum. Siap, angkat udang ketepikan. Ha, bila dah masak leh siang ke, kopek kulit ke, buatlah ikut sesuka hati. Aku kopek kulit tinggalkan ekor. Senang nak makan.. Heheh..
2-Dalam stok udang tadi (still didihkan tau,jangan tutup api), masukkan semua bahan di atas iaitu bawang putih, sos tiram, kicap pekat, kicap manis, petis, kiub ikan bilis , garam dan gula. Kacau..
3-Biar mendidih sampai pekat sikit dan naik bau. Time ni leh la korang rasa-rasa kot tawar ke ape ke. Kicap ni bagi aku kene masin sebab time goreng CKT nanti, takde letak garam tau. Dah siap.. Sejukkan..
Siapkan bahan untuk menggoreng CKTnya pulak ye.. Korang kene ade..
Bahan-Bahan CKT
300 gm Kuey Tiow (if dapat yang halus-halus tu lagi feel)
4 sudu besar Kicap CKT (resepi di atas)
1 sudu besar Cili Boh
Isi Kerang (siap direbus)
Udang (yang tadi korang rebus buat stok)
Daun Kucai
Taugeh
2 biji Telur
Air mengikut kebanjiran yang diingini
Cara-Cara
1-Panaskan kuali, tuang sedikit minyak masak. Perlu diingatkan, masak CKT ni perlu guna api paling besar ye sebab prosesnya sangatlah sekejap.
2-Minyak dah panas, dengan api yang besar, masukkan 1 sudu besar cili boh. Kacau sehingga agak garing.
3-Masukkan 4 sudu besar kicap CKT tadi dan kacau. Letak lebih pun boleh ikut suka.
4-Masukkan udang dan kerang. Kacau.
5-Masukkan air. Agak-agak kalau korang goreng untuk seorang makan letak dalam setengah cawan.
6-Bila dah mendidih,masukkan kuey tiow, daun kucai dan taugeh. Kacau.
7-Part ni aku suka. Masukkan telur. Sebab api besar, bila korang masukkan telur je, kacau laju-laju, automatic CKT ni jadi pekat sikit. Teruja gila aku time masukkan telur ni. Heheh..
8-Siap! Angkat.. Dan makan..
Senang kan? Kicap tu if ada lebih boleh disimpan dalam peti sejuk ye. Next time nak masak boleh guna lagi.
Komen dari En.Hubby, "Lebih sedap dari Pasar Malam,Doli CKT TTDI, Mali's Corner Setapak dan semua tempat lain". Exaggerate? Over suami aku ni. Dia bagi 5/5 bintang some more. Thanks pada akak yang share resepi ini di MyResepi. Aku lupa nama akak tu. Sedap sangat kak.
So, korang leh cuba ye. Lepas ni memang tak layan CKT pasar malam lagi la sebab dah tahu buat. Nak bukak kedai kat pasar malam pun boleh.. Exaggerate lagi.. Okay.. Full Stop!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Friday, 15 April 2011
Sotong Bakar ala Haizum
So, semalam sampai je kedai runcit terus cari sotong. Malangnya, ada Mak Cik yang tiba lebih awal telah memborong sotong dan tinggalkan aku 5 keping je dalam tong. Nasib baik besar-besar. Tapi aku ambil 2 keping je. Cukuplah makan berDua.
Then untuk tambah lauk aku beli ikan kembung 2 ekor. Sangat fresh okay ikan dia. Geram! Tapi aku ambil 2 ekor je. Hehehe..
Sampai rumah, letak beg, terus masak nasi dan memulakan operasi. Aku masak ikan kembung kicap dulu, then baru aku bakar sotong. Just nak share dengan korang la resepi yang telah aku mix n match kan. Layanzzzz..
Bahan-Bahan
2 ekor sotong saiz besar
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
1 sudu kecil Sos Tiram
Bahan-Bahan untuk Air Asam
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji cili merah
6 biji cili padi (eh, cili padi ni panggil biji ke? Lantak la.. Heheh)
Sedikit belacan
1/2 cawan Jus Asam Jawa
Sedikit Garam
Cara-Cara
1-Siang sotong tu la. Buang kulit dan segala isi perut. Cuci bersih-bersih. (Aku jumpa ikan dalam perut sotong aku. Masalahnya ikan tu sangat menyeramkan.Panjang, muncung.Husband aku cakap ikan belacak. Memandai je ko..)
2-Perap sotong dengan serbuk kunyit, garam dan sos tiram. Ketepikan.
3-Aku terus buat air asam. Aku guna chopper IKEA je. Bawang merah tu separuh aku chop, separuh aku hiris. So, separuh bawang merah,1 ulas bawang putih, 1 biji cili merah, 6 biji Cili Padi dan belacan yang sudah dibakar tu dichop menggunakan chopper. (Betulke ayat aku?) Untuk memudahkan kerja mengchop, potong kecik2 semua bahan di atas ye.
4-Dah settle, masukkan dalam mangkuk, tuang air asam, masukkan separuh lagi bawang merah yang dihiris dan sedikit garam. Rasaaaaa.. Gi letak atas meja dulu.
5-Time untuk mencandat sotong.. Eh, membakar sotong. Panaskan grill. Letak sotong tu atas grill. Balik-balikkan. Jangan bakar lama sangat ye. Nanti sotong jadi liat. Dah settle, angkat, kelar-kelar kasi cantik.
6-Hidangkan.
Senang je kan? Air Asam tu memang mantop. Ada rasa masam, masin, manis dan pedas. Makan dengan nasi pun sedap. So, rajin-rajinkanlah diri anda ke dapur supaya dapat cuba resepi aku ni ek.
Selamat Mencuba.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Saturday, 9 April 2011
Majlis Perkahwinan Nadia & Hairani
Majlisnya diadakan di Rumah Media, Melaka. Berdekatan dengan Mydin MITC. Nad nikah hari jumaat 1 April, tapi disebabkan aku dah apply cuti Sabtu (ye, aku kerja sabtu), aku tak ambil la cuti Jumaat. Husband aku pun baru kerja dekat Nissan tu, takkan nak ambil cuti banyak-banyak pulak kan? Dia pun ambil cuti Sabtu. Abang ipar aku pun baru kerja di tempat baru,jumaat tu dia tak boleh cuti. Sabtu dia memang cuti (jeles). Mak,kak long,kak ngah, adik dan baby naurah bertolak jumaat pagi. Ayah memang dah ada dekat sana sebab kerja. Kami bertiga pulak bertolak malam lepas balik kerja.
Imagine hari jumaat punya jammed! Pening aku. Aku keluar office kat PJ nak balik KD pun dah ambil masa 1 jam lebih. Husband aku pulak from Batu Caves, nasib baik dia naik motor. Abang ipar pulak kerja di KD dan kene balik rumah mak hantar kereta di KL. Imagine? Last-last nak dekat 9 lebih baru kami bertolak dari Ampang! 12 baru sampai Melaka sebab campur jammed dekat highway lagi. Disaster.
Sampai je rumah nenek, makan nasi dengan sambal tumis nenek yang sedap, terus tidur. Tidur lambak je dekat ruang tamu.
Bangun pagi, breakfast terBest kat kampung ni ialah Nasi Lemak bungkus dengan Mee Goreng bungkus. Mantop!! Lepas tu siap-siap terus bertolak ke Rumah Media. Dalam 10am lebih kami dah sampai.
Takde buat ape sangat sebab buat dekat dewan, so setting dah siap, makanan dah siap, penat berborak je la. Heheh.. Eh, tak! Aku ada jaga door gift kejap. Kejap je la. Heheh.
Seronok jumpa sepupu-sepupu, Mak Pak Sedara dan yang paling penting jumpa nenek, sebab aku dah 3 bulan tak balik Melaka. Bukan tak nak balik, disebabkan tuntutan kerja dan masa yang tidak menyebelahi aku dan hubby.
So, dalam pukul 3 lebih ke pukul 4 tu tetamu pun dah beransur kurang. Kami sekeluarga pun mengundurkan diri. Salam-salam, cium-cium then gerak. Kak Ngah, Abg Ipar dan baby Naurah balik KL dulu sebab ada appointment nak jumpa kawan diorang sebelah malam. Kami tak terus balik, tapi singgah Mydin MITC minum-minum kejap.
Dalam pukul 5 macam tu baru kami bertolak balik KL. Seronok letih semua ada. Panas okay. Nasib baik majlis dekat dewan. Kalau dekat rumah memang terbakar muka. Maklumlah musim panas. KL pun sama, bukan nak kata Melaka je.
To Nad dan Hairani, Kak Ejum ucapkan Selamat Pengantin Baru. Semoga kekal sehingga akhir hayat. Percayalah, alam perkahwinan ini perlukan kesabaran dan tolak ansur. Yang penting, terimalah pasangan Nad seadanya. Layarilah bahtera rumah tangga dengan aman sejahtera dan tiada sengketa. Jadilah isteri yang mengikut cakap suami, bukan isteri yang membantah cakap suami. Cepat-cepat dapat baby okay. Doakan kak ejum dapat baby jugak!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Wednesday, 6 April 2011
Resepi Sandwich Sardin Mantop!
Mungkin hujung bulan ini ada banyak kot agenda yang ingin diupdate. Sebab bulan ini adalah anniversary perkahwinan aku yang ke-3 dan juga ada majlis hari jadi anak buahku yang tersayang. So, confirm akan aku update okay!
Berbalik pada tajuk, "Resepi Sandwich Sardin Mantop". Rasanya semua orang tahu buat sandwich sardin kan? Masing-masing ada citarasa tersendiri nak menyedapkan sandwich anda instead of just bukak tin sardin dan terus tuang dalam mangkuk dan ngap! Ini resepi style aku. Sila layan...
Bahan-Bahan
1 tin kecil sardin jenama sukahati (tin kecik je cukuplah makan 2 orang)
1/2 biji bawang merah
4 batang cili padi (nak berapi letak lebih ok!)
4 biji limau kasturi
Mayonis
Black Pepper
White Pepper
Garam
Roti (penting! Kalau takde alamatnya gaul dengan nasi aje la)
Cara-Cara
1-Bukak tin sardin dan tuangkan isinya kedalam mangkuk.Biasanya tin kecil akan ada 2 keping ikan sardin gemuk-gemuk. Kalau ikan kurus-kurus akan ada 3 keping.
2-Buangkan sedikit kuah tomato tu. Kalau nak sandwich anda ala-ala moist sikit, sila letak lebih. Nak banjir pun boleh!
3-Cincang bawang merah dan cili padi. Masukkan dalam mangkuk sardin tadi. Lenyek-lenyekkan sampai hancur.
4-Masukkan garam,mayonis,white pepper,black pepper dan air perahan limau kasturi. Kacau sampai rata.
5-Dah siap! Sapukan roti dengan planta, letakkan bancuhan sardin mantop tadi, kapitkan(bahasa apekah ini? Tapi paham kan?) dengan another roti. Ngappp!!
Note : Kalau nak letak timun pun boleh, aku tak letak sebab aku tak makan timun. Hubby aku makan timun tapi ada aku kisah? Aku yang masak so kene lah ikut selera aku. Wakakak isteri derhaka!
Resepi ini ala-ala masam,masin, dan pedas. Memang mantop! Hubbyku kalau makan satu bungkus roti yang panjang (noted ek,Gardenia yang RM3.20 tu, bukan yang kecik tu) tu dia boleh habiskan. Siap jilat-jilat mangkuk lagi! Tak paham aku.
So, menu yang simple pun boleh dijadikan makan malam. Dihidangkan pula bersama air teh panas. Memang mantop! Kesimpulannya, inilah menu makan malam aku. Disebabkan tekak dah muak makan nasi, beralih kepada roti pula. Poyo je kan, resepi sandwich sardin pun nak letak dalam blog. Saje je nak share dengan korang. Kalau sudi baca, bacalah. Tak sudi, sila tekan butang pangkah kat penjuru atas kanan tu ek. Heheh..
Sampai jumpa lagi.. InsyaAllah weekend ni ingat nak masak Mee Siam. Kalau jadi masak akan aku share resepinya dengan korang ek. Kalau jadilah, sebab Ahad ni pun ada kenduri kahwin. Takut tak sempat. Tapi akan kucuba masak untuk dinner... Daaa..
P/S : Maaf, kualiti gambar ala-ala tepi jalan je. Yela, bukan snap guna DSLR(entah betul eja ke tak ni, aku hentam je)pun, guna kamera Blackberry ni je. Buat-buat tak nampak je la ek.. ;p
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone