agak-agak, kalau aku buat kelas apam polkadot, ade tak yang nak join? takpun, aku buat one to one class. means, aku datang rumah korang untuk curahkan ilmu, bahan-bahan semua korang sediakan. aku ajar je. ok ke? or any suggestion?
Monday, 26 March 2012
Monday, 20 February 2012
cake pops!
UPDATE : ORDER DITUTUP ATAS SEBAB-SEBAB TEKNIKAL. HARAP MAKLUM.
New product untuk tahun baru ini. Cake Pops!
RM 2.00 per stick.
cake pop ini adalah campuran buttercake dan buttercream yang dibentukkan bulat dan dicelup di dalam white chocolate pelbagai warna. Sesuai untuk door gift majlis harijadi atau dihidangkan di meja candy buffet.
Untuk pertanyaan lanjut, boleh contact aku k...
phone/sms/whatsapp- 012-6480424
email - positive_babe [at] yahoo [dot] com
BB pin - 2272A0B2
Sunday, 29 January 2012
Apam Polkadot updates.....
Salam.... Ni ada beberapa gambar order baru dari customer yang sempat aku snap. Let the pictures do the stories....For any order inquiry just contact me.. Phone number/E-mail/BBM Pin, please check out previous post... Thanks...
Order dari Kak Razlina...... Tema warna Hijau + Oren + Biru + Ungu + Merah dan dot putih. Kak Razlina request bungkus kecik2 untuk majlis hari jadi kalau tak silap aku...
40 bungkus......siap... :)Aku pi deliver dkt Bukit Jelutong...
Ni pulak 50pcs Polkadot repeat order dari Areen.. 100pcs Angry Birds order dari Yonna untuk Sweet treats buffet customer beliau... Tak berapa kemas Angry Birds tu kan? Series buat Angry Birds ni kene teliti betul2 and memang lenguh tangan aku...Takpe.. Praktis lagi...
Ni order dari Kak hidha... mintak packing kecik2 gak untuk bawak gi sekolah anak dia...
36 bungkus consist 2 apam ladybird, 2 apam angry bird... Thanks Kak Hidha sudi order.. aku pi deliver dekat Flora Damansara...
Getting better tak Angry Birds aku? Heheh.. ni repeat order dari Kak Nard (Chic & Blossom) untuk Candy Buffet client beliau... 50pcs Red Angry Birds, 50 pcs Black Angry Birds, 50 pcs Yellow Angry Birds and 50 pcs Blue Angry Birds.. Ni pun aku deliver dkt Drimba KD.....
Gambar credit dari Chic & Blossom FB Page... Nampak Apam Angry Birds aku?
Close Up sikit... Hehehehe.....
Ni beberapa gambar dari Chic & Blossom yang menjadi pelanggan tetap Apam aku... This one Bachelor Party customer beliau.. Tema Merah dot hitam.. Ala-ala seksi gitu...
This one for Aqiqah tak silap aku.. Temanya Ladybird and Bee....
This one for Birthday Party... Purple dot White......
Thanks Chic & Blossom sebab jadikan aku pembekal tetap untuk candy buffet customer mereka....
So, again.. siapa-siapa nak order..jangan malu-malu call aku okay.. :)
Monday, 9 January 2012
Apam Polkadot sebagai Doorgift Wedding
Assalamualaikum... Hari-hariku sangat busy maka masa untuk mengupdate blog adalah sangat terhad. Kebetulan minggu ni kurang sedikit order, maka aku pun mencuri masa memberi latest informasi kepada korang semua. Alhamdulillah jualan Apam Polkadot dan Cheese Tart amat memberangsangkan. Aku cuba sedaya upaya untuk slot in kan order korang semua sebab yela, wanita bekerjaya seperti aku hanya ada masa pada waktu malam je untuk membuat semua order kecuali kalau aku cuti la. Hehehe...
Jadi disini, aku update sikitlah gambar apam yang terbaru. Ade jugak tak sempat nak ambil gambar sebab LUPA. Heheh... So, layanzzzz...
50pcs Strawberry Cheese Tart order dari Kak Sharifah. Order pertama ok. So, maafkan saya kalau tak comel. Heheh...
50pcs Apam Polkadot order dari kawan adik aku. Last minit order ni tapi nasib baik aku boleh buatkan. Katanya untuk birthday dan sambut anniversary dengan buah hati. Heheh...
200pcs Apam Polkadot order dari kawan sekolah aku Timah. Dia dah banyak kali repeat order. Thanks Timah, aku hargai sangat setiap kali ko order dengan aku. :)
50 pcs Blueberry Cheese Tart, repeat order dari Kak Sharifah. Thanks kak sudi repeat order. :)
300 pcs Apam Polkadot order dari Iqa. Katanya untuk kenduri. Thanks Iqa sudi order dengan akak.
100pcs Apam Angry Birds order dari Areen untuk birthday sahabatnya. Thanks Areen sudi order dengan Kak Zum. :)
100 pcs Apam Polkadot Theme Biru Pekat + Biru Cair + Putih dan nak design dots dan stripes. Ni repeat order dari Yonna. Yonna ni ada bakery online Little Cupcakes. Beliau jugak ada provide service macam Sweet Treats Table untuk majlis-majlis harijadi dll. Ala-ala Candy Buffet atau Dessert Buffet. So, selalunya beliau order Apam dekat aku untuk letak atas meja buffet tu la.Thanks Yonna selalu repeat order dengan Haizum.
Seorang lagi customer aku yang order untuk Candy Buffet client beliau. Kebetulan hari yang sama ada 3 event yang berlainan, so 400pcs Ladybird + Bees + Purple dots White + Red dots Black. Thanks Kak Nard from Chic & Blossom sebab sudi order. :)
Itu antara gambar Apam yang sempat aku snap. Ade banyak lagi, tapi tak dapat snap sebab LUPA. Hehehe.. Maaf ye..... Ok, kat bawah ni pulak ade beberapa contoh kotak untuk dijadikan door gift Birthday Party, Wedding atau apa-apa sahaja majlis. Aku survey dekat kedai, ade terjumpa 3 jenis kotak.
Actually ni kotak untuk orang letak Chocolate Oreo tu, tapi aku ukur-ukur, muat pulak untuk 2pcs Apam Polkadot.
Yang ni unik sikit. Bentuknya memanjang. Boleh muat 3pcs Apam Polkadot.
Yang ni muat 4pcs Apam Polkadot. Abaikan background ye sebab nak cepat so main snap je dekat rak bakery tu.
Yang ni lagi satu design untuk 4pcs. Tapi ni stock terhad. Kene order awal kalau nak.
Yang ni repeat order dari Kak Elly. 1st time aku buat packing-packing macam ni. 76 packs consist of 4pcs Apam Polkadot Theme Purple + Pink + White untuk birthday party anak beliau. Thanks ye Kak Elly sudi repeat order dengan Haizum.
So, kepada korang yang berminat nak jadikan Apam Polkadot sebagai door gift, korang boleh contact aku dan aku akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi permintaan korang k.
Call / SMS : 012-6480424
BBM : 2272A0B2
E-Mail : positive_babe [at] yahoo [dot] com
Whatsapp pun boleh. :)
Thanks korang.... Daaaaa......
Tuesday, 29 November 2011
Butter Moist Cake / Strawberry Cheese Tart
Assalamualaikum..... Hai semua!!! Amacam? Ada baik ka? Hehehe.. Ok, harini aku nak share dengan korang resepi yang first time aku cuba dan hasilnya masyaAllah, sangat best ok. So, kalau korang tak busy dekat rumah, agak-agak bosan bolehlah cuba ye.
Ok, sebelum tu, aku ni memang suka butter. Tak tahu kenapa, but i love everything about Butter. Tu yang kalau aku ade beli kek homemade, kalau dia buat tak pakai butter, memang aku maki hamun je la. Sebab aku tau, mostly yang buat business Homemade Cake ni nak jimat kos, dorang pakai minyak. Of course the outcome akan lain sikit kan. No offends ya. Tak semua yang macam tu, aku tau. :)
Okay, aku dok google la resepi Butter Moist Cake. This is exactly how i type dekat google. Sekali keluarlah this blog yang link kepada this Wonderful Recipe. Thanks to Fad About Food .
Ini resepinya :
Butter Moist Cake
100 gram Tepung Gandum
80 gram Tepung Naik Sendiri
250 gram Butter
110 gram Gula Kastor
4 Biji Telur
1 sudu teh Esen Vanilla
Cara-cara :
Butter tu make sure dalam suhu bilik ye. Potong kecik2 supaya senang nak pukul dengan mixer. Masuk dalam mixing bowl sekali dengan gula kastor. Letak tepi kejap.
Dalam mangkuk lain, ayak tepung gandum + tepung naik sendiri. Ayak 3 kali better la kot. Aku hentam ayak sekali je sebab pemalas. Hahaha.....
Telur yang 4 biji tu, siap-siap masuk dalam satu bekas lain ye. Senang sikit masukkan sebelah tangan sebab aku guna mixer yang kene pegang sendiri tu. Heheh.. Alamak, sebiji kuning dah terpecah plak, abaikan ye....
Lepas tu, pukul butter + gula tadi sampai jadi pucat dan berkrim. Masukkan telur sebiji sebiji ye. Last sekali masukkan esen vanilla. Tutup mixer. Ambik Spatula.
Masukkan tepung dan kacau sehingga rata. Jangan buat macam kacau simen ye, kacau slow-slow je asalkan rata. Letak tepi kejap.
Baki butter dekat sarung dia tu jangan buang ye, sapu dekat loyang yang nak digunakan tu. Walaupun non-stick, sapu jugak, in case la kan...Hehehe....
Lepas tu, tuang je adunan kek tu ke dalam loyang yang dah di sapu butter tu ek. Make sure oven dah dipanaskan dengan suhu 170 darjah Celcius, di bakar lebih kurang 20 - 25 minit. Check tahap keperangan atas kek tu la, then guna lidi cucuk setiap penjuru termasuk tengah. Kalau lidi tu keluar bersih, maknanya dah masak la tu ye.
Rupa di dalam oven. Awat kek aku mengelembung tak rata ek? Tapi bila keluarkan dia ok la.. Tak tahu kenapa... Maklumlah, aku bukan pakar kek. Pakar Apam Polkadot je..Hehehe...
Nampak tak cop mohor tengah-tengah kek tu. Hahaha.. Cop tu dapat dari loyang. Aku malas nak terbalikkan semula, so guna yang bawah la sebab bawah lagi cantik...Hehehe.....
Mari Potong.... Hasilnyaaaa....
Superb!! Sumpah tak tipu. Moist gile okay...... Hehehe... Bahan senang, buat senang, hasilnya sedap.. So, apa tunggu lagi, sila cuba, buat untuk suami tersayang, hidang dengan teh o panas, terangkat ok. Suami makin sayang. Hehehe...
Maaflah kualiti gambar di ambil hanya menggunakan camera Blackberry ku. Maklumlah takde camera digital SLR. Heheh... Jadiklah ek..asalkan ade rupa kek.....
So....sebelum aku terlupa...
Aku akan buka order untuk Cheese Tart mulai hari ini. Sesiapa nak order boleh hubungi aku dengan cara :
Call / SMS : 012-6480424
BBM : 2272A0B2
E-Mail : positive_babe [at] yahoo [dot] com
Whatsapp pun boleh. :)
Tengok Cheese Tart je ye sbb yang belah kanan tu Tart Telur. Buat untuk makan sendiri je. Malas nak edit gambar. Heheh...
Harga :
Minimum 25pcs - RM20
50pcs - RM40
Filling Strawberry / Blueberry
Hurry... Place your order.....
Marie Cheese Layer InsyaAllah minggu depan k....... Love you... Tata.....
Monday, 21 November 2011
New Product Coming Soon - Cheese Tart and Marie Cheese Layer
STAY TUNE FOR MY LATEST PRODUCT THIS COMING DECEMBER'11
1. ASSORTED CHEESE TART
Tantalizing treat match with a cup of tea/coffee
Buttery Sweet Pastry with a Crisp and Flaky texture combined with Creamy Cream Cheese and Blueberry/Strawberry/Kiwi/Mango filling.
Price and Picture will be update soon!!
2. MARIE CHEESE LAYER
Delicious and Simple Cheese Cake
Rich and Creamy Cream Cheese layered with Marie Biscuits and topped with Shredded Cheddar Cheese
Price and Picture will be update soon!!
Friday, 11 November 2011
Apam Ladybird - 1st Try.. Ok ke?
Assalamualaikum. Tujuan aku mengemas kini blog ini adalah kerana..(ceh, macam ape je kan...?).. Hehehe.. Okay, just nak inform, haritu masa Raya Haji ada kawan aku order Apam tapi nak base merah dot hitam. Kebetulan dia nak warna macam tu, aku pun try la bereksperimen membuat Apam Ladybird. Okay, cakaplah aku jakun ke ape ke, aku tahu blogshop lain dah maju ke depan dah siap bee, angry birds bagai, aku baru nak buat Ladybird.
At least aku try ok! Sebab aku tak pernah terfikir lagi nak buat Apam style bukan polkadot. Aku ni manalah ada masa nak belajar tekun-tekun. Tengok-tengok kat internet pun bukan leh try time tu jugak, so bila kebetulan ade kawan order apam warna yang KEBETULAN, aku pun try la..Hehehe...
Korang judge la ye, ok ke tak.
1st try kan, so memang tak berapa nak kemas sangat. Camera pulak guna BB punya je, memang agak menyakitkan mata la ye kualiti gambar ini. Jadi, jika anda suka Apam Ladybird saya, type APAM 10 hantar ke 32888. Eh, ape melalut daaaa...
Okay, sesiapa nak order Apam Ladybird ini, bolehlah menghubungi saya ;
Call/SMS/Whatsapp - 012 - 6480424
E-Mail - positive_babe (at) yahoo (dot) com
BB Pin - 2272A0B2
Harganya.....
50pcs - RM20
100pcs - RM35
Mahal sikit la ye sebab buatnya memang leceh. Lama sikit prosesnya. Hehehe.. Jadi, diumumkan, aku kini senang mengkaji cara untuk membuat APAM BEE dan APAM ANGRY BIRDS. Kalau berjaya, aku akan upload gambar di sini. Ok tak?
Subscribe to:
Posts (Atom)







































