Majlisnya diadakan di Rumah Media, Melaka. Berdekatan dengan Mydin MITC. Nad nikah hari jumaat 1 April, tapi disebabkan aku dah apply cuti Sabtu (ye, aku kerja sabtu), aku tak ambil la cuti Jumaat. Husband aku pun baru kerja dekat Nissan tu, takkan nak ambil cuti banyak-banyak pulak kan? Dia pun ambil cuti Sabtu. Abang ipar aku pun baru kerja di tempat baru,jumaat tu dia tak boleh cuti. Sabtu dia memang cuti (jeles). Mak,kak long,kak ngah, adik dan baby naurah bertolak jumaat pagi. Ayah memang dah ada dekat sana sebab kerja. Kami bertiga pulak bertolak malam lepas balik kerja.
Imagine hari jumaat punya jammed! Pening aku. Aku keluar office kat PJ nak balik KD pun dah ambil masa 1 jam lebih. Husband aku pulak from Batu Caves, nasib baik dia naik motor. Abang ipar pulak kerja di KD dan kene balik rumah mak hantar kereta di KL. Imagine? Last-last nak dekat 9 lebih baru kami bertolak dari Ampang! 12 baru sampai Melaka sebab campur jammed dekat highway lagi. Disaster.
Sampai je rumah nenek, makan nasi dengan sambal tumis nenek yang sedap, terus tidur. Tidur lambak je dekat ruang tamu.
Bangun pagi, breakfast terBest kat kampung ni ialah Nasi Lemak bungkus dengan Mee Goreng bungkus. Mantop!! Lepas tu siap-siap terus bertolak ke Rumah Media. Dalam 10am lebih kami dah sampai.
Takde buat ape sangat sebab buat dekat dewan, so setting dah siap, makanan dah siap, penat berborak je la. Heheh.. Eh, tak! Aku ada jaga door gift kejap. Kejap je la. Heheh.
Seronok jumpa sepupu-sepupu, Mak Pak Sedara dan yang paling penting jumpa nenek, sebab aku dah 3 bulan tak balik Melaka. Bukan tak nak balik, disebabkan tuntutan kerja dan masa yang tidak menyebelahi aku dan hubby.
So, dalam pukul 3 lebih ke pukul 4 tu tetamu pun dah beransur kurang. Kami sekeluarga pun mengundurkan diri. Salam-salam, cium-cium then gerak. Kak Ngah, Abg Ipar dan baby Naurah balik KL dulu sebab ada appointment nak jumpa kawan diorang sebelah malam. Kami tak terus balik, tapi singgah Mydin MITC minum-minum kejap.
Dalam pukul 5 macam tu baru kami bertolak balik KL. Seronok letih semua ada. Panas okay. Nasib baik majlis dekat dewan. Kalau dekat rumah memang terbakar muka. Maklumlah musim panas. KL pun sama, bukan nak kata Melaka je.
To Nad dan Hairani, Kak Ejum ucapkan Selamat Pengantin Baru. Semoga kekal sehingga akhir hayat. Percayalah, alam perkahwinan ini perlukan kesabaran dan tolak ansur. Yang penting, terimalah pasangan Nad seadanya. Layarilah bahtera rumah tangga dengan aman sejahtera dan tiada sengketa. Jadilah isteri yang mengikut cakap suami, bukan isteri yang membantah cakap suami. Cepat-cepat dapat baby okay. Doakan kak ejum dapat baby jugak!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment