Thursday, 3 March 2011

Resipi Sotong Telur Masin


Today tekak tiba-tiba teringin nak makan Sotong Telur Masin. Sebab masa first time makan dekat Fresh Unique Seafood Restaurant,PJ hati ini dah terpikat. Jadi apa lagi, sambil buat kerja dekat office tadi, tangan ni dok mengGoogle guna Blackberry kesayanganku. Terjumpalah resipi Ketam Telur Masin. Jadi aku telah mengubah resipi itu menjadi Sotong Telur Masin. Credit to MyResipi.

Mari kita lihat bahan-bahannya...

Bahan-Bahan
5 ekor sotong putih
2 ulas bawang putih
Sedikit daun kari
5 biji Cili Padi
Sedikit susu cair
1 biji telur 
Sedikit Tepung Goreng Serbaguna 
Mentega
2 biji Telur Masin (kuningnya sahaja)
Garam/Lada sulah

Cara-Cara
  • Basuh sotong bersih-bersih dan potong ikut suka hati. Aku potong keping-keping lebar. Bukan bulat-bulat ring tu tau.
  • Rebus sotong dengan sedikit air sehingga lebih kurang empuk. Toskan dan ketepikan.
  • Cincang 2 ulas bawang putih dan potong 5 biji cili padi tadi kecil-kecil
  • Daun kari jangan lupa dileraikan dari batangnya.
  • Sotong tadi dicelup kedalam bancuhan telur dan digolek-golekkan di atas tepung goreng serbaguna.
  • Deep Fry kan sotong tersebut untuk menjamin kerangupan. Aku takde deep fryer jadi guna periuk sudah.
  • Dah siap sila letak tepi.
  • Now, ambil 2 biji kunig telur masin dan kukus selama 5 minit. Lepas itu, lenyek-lenyekkan.
  • Panaskan kuali, masukkan sedikit mentega.
  • Tumis bawang putih, cili api dan daun kari sampai sakit hidung dan tersedak.
  • Masukkan kuning telur masin,garam sedikit,lada sulah.
  • Kacau hingga sebati dan masukkan 2 sudu besar susu cair.
  • Tunggu sehingga mendidih dan agak berbuih, masukkan sotong yang dah digoreng tadi.
  • Kacau sehingga rata dan siap untuk dihidangkan. 
  • Jangan lupa kemas dapur ye....
Jadi, inilah lauk makan malam aku bersama suami tercinta. Sotong Telur Masin, Sambal Belacan (wajib sebab hubby suka) dan Telur Dadar. Simple but sedappp sangat. Percayalah, masak nak dekat 1 jam lebih, makan tak sampai 15 minit... Thanks hubby sebab puji masakan i.....Love u muchooo.... 

Jangan tak cuba ye...Percayalah.. Memang sedappp...!! 

6 comments:

  1. babe! sedapnyeee!!! mahu jugaaa!!!! aishhh drooling tak hengat aku tgk sotong ituuuu

    ReplyDelete
  2. za....try buat za..senang ya amat..ko jgn tangguh..sian anak buah aku..hehehe...buat tau...

    ReplyDelete
  3. mmg aku tersangat nak try buat, tp sejak dua menjak ni xde atie langsung aku nak masuk dapur uhuhuh, jadik pemalas yang amat nak masak! tapi akan aku usahakan jugak sooner or later masak sotong ini...uuhuhuhu sodap2!

    ReplyDelete
  4. hurm...aku nak masakkan pun macam jauh je...heheh...nanti perut ko besar sikit, kita jumpa ek..ajak noks sekali..nanti aku masakkan something untuk ko...heheh...takecare my dear

    ReplyDelete
  5. tumpang tanya, berapa harga sotong tu?

    ReplyDelete
  6. Cik Anon - Alamak, harga sotong u kene refer dekat pasar borong la.. Sorry... :)

    ReplyDelete