Sunday, 1 July 2012

Chocolate Chip Walnut Cookies for Raya

Open for order now!!!

Chocolate Chip Walnut Cookies
(Rich texture with mix of walnut and chocolate chip, crunchy and similar taste with Famous Amos)




PRICE :

50 PCS - RM25
100 PCS - RM48


Order dibuka sehingga 2 minggu sebelum Raya, cookies boleh pick up/deliver 1 minggu sebelum Raya. Kalau nak ambil awal sila inform kami okay..... ;)

Call/SMS/Whatsapp : 012-6480424
E-mail : positive_babe[at]yahoo[dot]com




Thursday, 28 June 2012

Kelas Apam Polkadot

Salam. Just quick update mengenai kelas apam polkadot. Alhamdulillah sejak berniaga ni, aku dah berjaya conduct 3 Kelas Apam Polkadot di rumah student masing-masing. Dan Alhamdulillah seorang dah meniaga dengan jayanya. So, lagi sekali aku nak highlight, siapa-siapa yang berminat nak aku conduct kelas apam polkadot, do sms/call/whatsapp/e-mail me k! 

Harga : RM50 (2-3 hours session)

# Bahan disediakan sepenuhnya oleh pelajar (but boleh contact aku if ada barang yang tak cukup atau tak sempat beli, aku akan bawakkan FOC)

# Lokasi dibuat di rumah pelajar (rumah aku kecik, takut korang tak selesa). Harga dia atas tu kalau lokasi within area aku contohnya, Kota Damansara, Shah Alam, Petaling Jaya, Kelana Jaya,Taman Tun dan Sungai Buloh. Other than that, maybe extra RM10 for duit minyak aku. Do contact me for confirmation k.

#Topik -Mengadun (Style aku adun lain ye, tak sama dengan orang lain), Mewarna, Teknik supaya dot dotnya kemas, Teknik kukusan, Melukis Angry Birds/Bee/Lady Bird

#Resepi , layout lukisan dan segala dokumen akan aku sediakan FOC

#Tips Sharing.. ;)

InsyaAlllah, lepas korang attend kelas aku ni, korang boleh jadi businesswoman yang berjaya. So far, yang tak attend, but aku ajar melalui phone call/ sms pun ade FOC. Alhamdulillah, semua berjaya meniaga. Sharing is Caring. Buat ape kedekut ilmu. :)

Please do call/sms/whatsapp/e-mail me for booking. Kalau boleh seminggu awal k. So bolehlah korang buat masa Raya nanti. Tak yah order-order lagi k.

Call/SMS/Whatsapp : 012-6480424
E-mail : positive_babe[at]yahoo[dot]com


Tuesday, 26 June 2012

Shell Tart for Cheese/Fruit Tarts

Kita lupakan sekejap kisah sakit hati dengan customer. Di sini nak announce saya akan mula ambil order untuk shell tart ini bermula hari ini. Kepada peniaga-peniaga diluar sana yang menjual Cheese Tart/ Fruit Tart tapi malas nak buat shellnya, boleh la order dengan saya k. Yang nak beli untuk makan sendiri pun boleh. Shell Tart ni dijamin sedap, rangup dan tahan lama. Harga pun berpatutan.

Ianya didatangkan dengan 2 size iaitu M size dan S size. 

M Size (100 pcs = RM25)

S Size (100pcs = RM20)

Macam takde beza je saiznya kan? But korang tengok gambar pertama. Yang dalam botol kiri tu M Size, yang kanan tu S Size. Tu nampak beza sikit kot. Hehehe..

So, cepat-cepat contact saya untuk place korang punya order k.

Call/SMS/Whatsapp : 012-6480424
E-mail : positive_babe[at]yahoo[dot]com


# I'm not using BlackBerry anymore. So, no BBM k. ;)


Ragam Customer.. Sabar....

I just dropped satu order from this customer. So disappointed with her la sebab langsung tak nak bekerjasama in order to give instruction untuk deliver apam ke rumah dia. If i know she will act like this, baik i refund the RM10 and ask her to pick up sendiri dekat rumah i Kota Damansara.

Tak tahu nak cakap ape lagi. Dah la kita charge murah for delivery. You guys imagine i only charge RM10 untuk perjalanan pergi balik 60km. Berbaloi tak? If u ask other online shop mesti diorang charge paling kurang pun RM20 sebab its not about duit minyak je, it's about time and effort tau.

So berbalik pada customer ni, dia order apam last week friday (22/6/2012). Mula-mula kerjasama sangatlah bagus, bayar pun full amount before delivery date (26/6/2012). Then mula-mula i decide to buat apam tu on Monday (25/6/2012) and keep it for 1 day before hantar esoknya. Sebab i ni baik sangat, i cakap dekat dia, i decide nak buat the same date of delivery and hantar lewat sikit that day to keep the freshness la kononnya.

She said ok. And lagi satu sebab i ni baik sangat, i cakaplah, sebab dah lewat better i hantar terus ke rumah you instead of jumpa dekat this one LRT Station. Dia cakap ok. Then dia bagi alamat rumah. After dia bagi address start la the question answer part yang bagi i sepatutnya dia bagi kerjasama dan memudahkan kerja i juga mencari rumah dia. 1st sms i hantar, i asked her, is it her house near the LRT Station. The reply is acceptable which is "Sebelah highway lrt. kene search gps". Ok. Then i search Google Maps sebab i tak kaya, so i takde GPS. Then i quite confuse with the jalan masuk ke "KONDO" dia tu, i sms her again. "Masuk dari mana? Dah search and macam boleh agak dekat mana. cuma nak tahu masuk dari mana". Then "NO REPLY" from her until the next day which is this morning (26/6/2012). 

I sms her again untuk tanya dia dapat ke tak sms i semalam. It takes 2 hours for her to reply and again dia jawab "ok, search 1 petaling condo. condo saya belakang tu betul2.". This time i was pissed like hell. Ko ingat ni main search search ke????

Twice i tanya jalan masuk ke rumah dia from which road, and twice jugak dia reply with perkataan yg sangat bagi i annoying iaitu "SEARCH". Dia ingat i ni GPS bergerak? Dia ingat i pernah kerja Posmen ke sebelum ni? Pleaselah, i was like merah muka and darah naik kepala terus. I reply her sms. I said,  "Kedudukan kondo tu saya dah tahu. saya nak tanya secara verbal jalan masuk ke rumah awk. masuk melalui LRT ke? kalau suruh saya search je susah la sebab saya perlukan penerangan. GPS tak leh bagi penerangan"

Orang kepala gila reply sms. See? I kalau marah and pissed memang macam ni. Again, dia tak reply until 1 hour lepas tu i was like "OK Fine! I will not layan this not so cooperative fella." I sms her, i told her "order cancel.  i will refund the full balance". and i also told her "mintak direction nak masuk ke "KONDO" pun susah. Kekwat sangat." See? Orang kepala gila tulis SMS, siap ada perkataan kekwat. Hahaha....

Then 3 hours later dia reply SMS with fully english language.. "Its ok. here is my maybank account number. xxxxxxxxx. thanks you for your kind words and professional service. May Allah lead you to succeed in your business. Salam"

I tak terkejut dia akan reply, but ayat dia tu, macam balik ke muka dia je. For my opinion, before you cakap ayat macam tu dekat i, you kaji dulu macam mana i boleh keluarkan ayat macam tu? And i cuma berminat nak deal dengan customer yang cooperative and reply SMS/E-mail prompt. I tak suka orang yang i kene tunggu 3 hours for you to reply 1 SMS/E-mail. Sebab for me, business is about prompt reply. If you tak reply cepat, the business will gone! Am i right?

Another thing, i bukan nak meroyan dalam blog i ni. Just said, i dah business lebih dari setahun. Macam-macam ragam customer i pernah jumpa. But, customer macam you ni memang first time la. Nak mintak direction pergi rumah you pun susah you nak explain. Ke you tak reti nak explain sebab you tak drive? At least inform or reply me with convincing reply la. Bukan "search je"... Please la. itu ke you kata Professional? I ada banyak benda lagi nak buat selain layan customer macam you. baik i balik rumah masak untuk husband i, kemas rumah i, and buat order customer i yang lain.

Semoga hilangnya 1 customer ni, bertambahlah rezeki yang lain. Amin!


Monday, 25 June 2012

Raya Cookies : Chocolate Chip Walnut Cookies

Coming Soon... Raya Cookies... 

Our Specialty Chocolate Chip Walnut Cookies.

Setanding Famous Amos kerana bahan yang digunakan amat berkualiti iaitu Anchor Butter dan Imported Chocolate Chip dan Walnut.

Harganya amat berpatutan..

Gambar coming soon k....

Friday, 22 June 2012

Set Ekslusif Shaklee

Salam semua..

Entry ini khas untuk saya ceritakan mengenai Set Ekslusif Shaklee. Setiap set didatangkan dengan 2 jenis set iaitu FULL SET atau TRIAL SET (1 bulan).

Set A
Untuk Kesihatan Optimum


Untuk individu yang ingin mengekalkan kesihatan optimum. 
Juga, buat anda yang mempunyai masalah keletihan, moody, mudah stress dan juga resdung.

Mengandungi :

B Complex
Vitamin C
Vita-Lea Iron Formula


Cara pengambilan ialah :
1 biji sehari, untuk setiap satu B-Complex, Vit-C & Multivitamin.

Set B
Untuk Ibu Menyusu


Pakej istimewa buat ibu menyusu, mengandungi Alfalfa. Alfalfa sangat terkenal sebagai pemangkin susu (galactagogue/ milk booster) dan telah di gunakan secara tradisional sejak dahulu kala lagi.
Kebanyakan ibu menyusu yang mengambil set ini mengakui hasil perahan susu mereka menampakkan peningkatan berbanding dari sebelum mengambil Alfalfa.
Selain itu, alfalfa juga membantu menambahkan kandungan lemak (increase fat contents) di dalam susu ibu, dan, ibu-ibu akan mendapati susu mereka lebih pekat daripada biasa, dan bayi mereka lebih mudah kenyang semasa menyusu. Alfalfa juga mengandungi 1001 kebaikan lain. Boleh rujuk disini.

Mengandungi :

B Complex
Vitamin C
Vita-lea Iron Formula
Alfalfa

Cara pengambilan ialah :
1 biji sehari, untuk setiap satu B-Complex, Vit-C & Multivitamin.
2-6 biji sehari untuk Alfalfa.
Pakej ini bukan sahaja untuk ibu menyusu, malah amat sesuai untuk di ambil oleh wanita.

Set C
Untuk Ibu Berpantang / Selepas Bersalin


Set C adalah asas bagi ibu yang baru melahirkan anak, khusus untuk menambahkan tenaga selepas bersalin dan mempercepatkan penyembuhan luka, sekaligus membantu dalam penyusuan susu ibu.

Mengandungi:

VitaLea
Vita-C
B Complex
Zinc
Boleh add on Alfalfa - RM10

Untuk tempoh 40 hari berpantang.

Set D
Untuk Kecantikan Kulit


Untuk wajah yang segar, ceria, licin dan kurang masalah. 


Mengandungi:
B Complex
Vita-C
Vita-E

Vita-C dan Vita-E adalah gabungan antioksidan yang baik, bermanfaat untuk menghapuskan radikal bebas dalam tubuh. Vitamin E menjadikan seseorang nampak muda kerana ia menghalang perkembangan sel penuaan.  Juga mencegah jerawat dan melupuskan parut jerawat baru. Menjadikan wajah lebih berseri dari dalam.
B-Kompleks berguna untuk mengurangkan tekanan, dan menjadikan tona kulit lebih sekata.

Set E
Untuk Wanita Tidak Kira Usia / Mengelakkan Osteoprosis


Bagi mereka yang kurang mengambil kalsium dalam diet harian. (Juga kepada mereka yang menyusukan anak).


Kalsium adalah penting dalam pembentukan tulang, sel darah, dan juga membantu dalam pengeluaran susu. Ia juga penting untuk mengelakkan penyakit tulang rapuh (osteoperosis) yang biasa melanda golongan wanita berusia.

Mengandungi:
Vita-Lea
B-Complex
Vita-C
Ostematrix
Alfalfa

Set F
Untuk Kesihatan Wanita




Untuk wanita yang mementingkan kesihatan dan kecantikan dalaman dan luaran. Set ini mengandungi vitamin E yang terkenal sebagai antioksidan dan baik untuk mencegah kanser. Ia juga adalah agen anti aging(awet muda). Alfalfa pula membantu pembersihan dalaman bagi yang belum berumahtangga mahupun yang sudah berkahwin. Membantu masalah kedinginan suami isteri.
Sesuai untuk wanita di semua peringkat umur.


Mengandungi: 
Vitamin E dan Alfalfa


Set G
Untuk Mereka Yang Mempunyai Masalah Alergi



Mereka yang punyai masalah resdung, eczema, gegata, asma dan allergic. Sesuai juga buat ibu yang menyusukan anak kerana Alfalfa boleh bertindak sebagai milk booster.

Mengandungi :
Vitamin C
B complex
Alfalfa

Set J 1
Untuk Hamil Trimester Pertama


Membekalkan nutrien yang terbaik untuk ibu & bayi semasa trimester kedua dan ketiga. Nutrien yang diekstrak dari sumber semulajadi terbukti secara klinikal, selamat, berkesan dan berpatutan.

Mengandungi: 
Vita-Lea, B-Complex, Ostematrix, Vita-C


Set J 2
Untuk Hamil Trimester Kedua dan Ketiga


Membekalkan nutrien yang terbaik untuk ibu & bayi semasa trimester kedua dan ketiga. Nutrien yang diekstrak dari sumber semulajadi terbukti secara klinikal, selamat, berkesan dan berpatutan. Omegaguard berfungsi untuk perkembangan otak bayi.

Mengandungi: 
Vita-Lea, B-Complex, Ostematrix, Vita-C, OmegaGuard

Set 3 M
Set Ekslusif Untuk Ibu Menyusu


Untuk mereka yang mempunyai masalah penyusuan, mahu mula menyimpan stok EBM, mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan bagi mereka yang menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari.
Set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.


Mengandungi:
Vita-C
Vita-Lea
B-Complex
Ostematrix
Alfalfa
Energizing Soy Protein

Ada lagi set-set yang lain seperti kesihatan kanak-kanak, set mengurangkan berat badan dan juga untuk antibodi. Untuk anda yang ingin mencuba terlebih dahulu kesesuaian produk Shaklee, set-set di atas boleh didapari dalam Trial Pack dengan harga berpatutan.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, dan juga order Apam Polkadot/Cheese Tart boleh hubungi saya   di ;

Call/SMS/Whatsapp : 012-6480424
E-mail : positive_babe[at]yahoo[dot]com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Tuesday, 19 June 2012

Shaklee Dan Apam... :)

Salam... Lamanya tak update blog.. Busy dengan kehidupan dan bermacam-macam lagi perkara yang tak di rancang.. alhamdulillah, order apam semakin bertambah. Yang aku tak dapat terima order tu, aku minta maaf sebab bukan tak sudi, cuma tak menang tangan. Maklumlah aku ni bukan suri rumah ye, siang aku bekerja, buat apam selepas pukul 8pm je, jadi jangan marah kalau tak dapat ambil order. :)

Baiklah.. tujuan update blog ni bukan ape, just nak share another side business yang aku involve. Proudly to annouce yang aku kini adalah Shaklee Independent Distributor. Alhamdulillah, tuhan memberi peluang untuk aku kongsi kebaikan produk ini kepada korang semua. Aku join Shaklee ni seriously bukan sebab ape, sebab memang betul-betul dah terbukti keberkesanannya. Jom aku share dengan korang apakah produk yang aku makan selama almost 1 month ni.

Alfalfa Complex 6 biji sehari

GLA Complex 2 biji sehari

Vita-Lea 1 biji sehari

B-Complex 1 biji sehari

Zinc Complex 1 biji sehari

Jadi, total aku makan untuk sehari adalah 11 biji. Wahhh... banyak kan? hehehe...Nak sihat punya pasal aku sanggup. Hehehe. So, hasil daripada aku makan Shaklee Supplement ni selama 1 minggu, period aku yang dah terhenti 9 bulan lepas akhirnya datang dengan jayanya beserta PMS yang sangat-sangat teruk sampai aku MC 1 hari, siap nangis-nangis bagai.

Bersyukur sangat sebab yela, no period maknanya no eggs (Ovulation). So macam mana aku nak conceive? betul tak? So, tujuan aku makan Shaklee Supplement ini untuk menstabilkan hormon aku semula. So that aku boleh plan bila ovulation aku. Ye la, aku kan dalam proses TTC (Trying To Conceive). 

Expected next period aku adalah 26 Jun 2012 ini. Now aku dah rasa sakit pinggang, keputihan, dan macam-macam lagi tanda PMS. Berdoa sangat supaya period aku datang dengan betul. So, bila habis je stock 4 bulan Shaklee Supplemet ni, bolehlah aku betul-betul focus untuk conceive. Korang doakan aku k!

Jadi, di lain entry aku akan update untuk jenis-jenis produk Shaklee ni dan set-set yang ditawarkan mengikut budget korang. Buat masa ni korang boleh contact aku kalau ada apa-apa yang nak ditanya mengenai produk ini k. (Tanya pasal apam pun boleh..)

Call / SMS / Whatsapp : 012-6480424
E-mail : positive_babe[at]yahoo[dot]com